25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    350 hilang tempat tinggal rumah panjang terbakar di Bintulu,

    Shopee Sale

    Seramai 350 penghuni rumah panjang di Sungai Labang, Sebauh di Bintulu tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran petang ini.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 3.32 petang.

    “Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dan Samalaju digerakkan ke lokasi kejadian.

    “Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati Rumah Nura sepanjang 23 pintu jenis kayu itu terbakar 100 peratus. Kesemua penghuni selamat dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Zohran Mamdani dipilih sebagai Datuk Bandar Muslim pertama New York City

    Menurut jurucakap, kebakaran berjaya dikawal pada lima petang dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah