26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    34 pelajar sekolah rentas Sg Golok cara haram sah warganegara Malaysia

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan kesemua 34 pelajar sekolah rendah dan menengah yang ditahan kerana memasuki negara ini dari Sungai Golok, Thailand melalui laluan tidak diwartakan semalam, mempunyai kad pengenalan sah Malaysia.

    Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata polis telah membebaskan kesemua mereka dengan dua penjamin rakyat Malaysia.

    "Status mereka disahkan selepas dokumen pengenalan diri dibawa oleh ibu bapa atau penjaga kumpulan pelajar tersebut.

    "Kesemua mereka dibebaskan pada 10.15 malam tadi dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi pemberita di Kota Bharu hari ini.

    MENARIK:  Anak Hamzah didakwa terima rasuah RM100,000

    Mohd Yusoff berkata siasatan mendapati kumpulan pelajar tersebut menetap di sekitar Sungai Golok, Thailand, namun menggunakan laluan haram di sempadan Malaysia-Thailand untuk belajar di sekolah sekitar Rantau Panjang, Pasir Mas.

    Semalam, 34 pelajar berusia antara tujuh hingga 16 tahun dari dua sekolah rendah dan satu sekolah menengah ditahan kira-kira 7 pagi selepas didapati menyeberangi Sungai Golok secara haram dari Thailand ke Malaysia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah