25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    23 terbunuh, 45 cedera dalam serangan udara Israel di timur Lubnan

    Shopee Sale

    Israel membunuh 23 orang dan mencederakan 45 yang lain pada Sabtu dalam siri serangan udara yang menyasarkan beberapa bandar di wilayah Baalbek, timur Lubnan, lapor media kerajaan dan Kementerian Kesihatan.

    Menurut Agensi Anadolu, sekurang-kurangnya 13 orang, termasuk empat kanak-kanak terbunuh dan 13 yang lain cedera apabila jet pejuang Israel menyerang sebuah rumah di bandar Shmustar.

    Agensi Berita Kebangsaan Lubnan melaporkan antara mangsa yang terkorban ialah seorang ibu dan empat anaknya.

    Lima lagi mangsa kehilangan nyawa dan lima lagi cedera di bandar Bodai.

    Empat orang dilaporkan terbunuh manakala tiga yang lain cedera di bandar Flawiye manakala seorang lagi maut di bandar Brital.

    MENARIK:  M'sia akan bantu pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis

    Serangan udara Israel turut mencederakan 18 orang di bandar Ras al-Ain dan tiga yang lain cedera di bandar Hourtala.

    Di daerah Zahle, wilayah Bekaa, serangan udara Israel di kawasan Harat al-Fikani membunuh seorang dan mencederakan tiga yang lain.

    Israel terlibat dalam peperanangan rentas sempadan dengan Lubnan, melancarkan kempen udara pada akhir September.

    Sejak Oktober lepas, lebih 3,600 orang telah terbunuh akibat serangan Israel di Lubnan, dengan lebih 15,300 cedera dan lebih 1 juta penduduk terpaksa berpindah, menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan.

    Tel Aviv memperluas konflik dengan melancarkan serangan darat ke selatan Lubnan pada 1 Okt.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah