25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    19 individu terperangkap di Risda Eco Park diselamatkan hari ini

    Shopee Sale

    Sembilan belas individu yang terperanangkap akibat kejadian kepala air di pusat perananginan Risda Eco Park Resort di Kampung Ulu Slim, Tanjung Malim, akan diselamatkan hari ini.

    Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris berkata operasi menyelamat mangsa yang terdiri daripada pengunjung dan kakitangan pusat perananginan itu akan dilaksanakan setelah air sungai surut.

    "Akibat jambatan runtuh dan terputus hubungan, polis hanya ada satu akses sahaja dan penyelamat akan cari kaedah selain bot untuk menyelamatkan mereka, dijangka hari ini.

    “...dan mereka akan ditempatkan di PPS (pusat pemindahan sementara)," katanya selepas meninjau kawasan jambatan Slim Village runtuh akibat kejadian kepala air malam tadi.

    Turut hadir Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir.

    Ratusan penduduk terperanangkap susulan hujan lebat berterusan di daerah Tanjung Malim sejak petang semalam yang menyebabkan banjir dan kejadian kepala air.

    Keadaan itu juga mengakibatkan tiga jambatan runtuh termasuk Jambatan Slim Village selain sebuah muka sauk loji rawatan air pecah.

    MENARIK:  Anwar arah tindakan tegas terhadap penghasut kebencian

    Kejadian itu juga menyebabkan jambatan yang menghubungkan Risda Eco Park dengan jalan utama runtuh sehingga pasukan penyelamat tidak dapat memasuki kawasan berkenaan.

    Bagaimanapun Azizi berkata kesemua yang terperanangkap di pusat perananginan itu berada dalam keadaan selamat.

    "Kita ada berkomunikasi dengan mereka melalui telefon, cuma difahamkan bekalan elektrik terputus di sana," katanya.

    Sementara itu, seramai 175 mangsa daripada 42 keluarga berjaya diselamatkan oleh pasukan keselamatan dalam operasi sejak petang semalam hingga awal pagi tadi.

    Kesemua mereka ditempatkan di dua PPS iaitu PPS Masjid Kg Pasir dan PPS Masjid Jamek Slim Village.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah