28.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    11 stesen minyak diserang serentak di selatan Thailand

    Shopee Sale

    Sebanyak 11 stesen minyak di tiga wilayah selatan Thailand diserang serentak dengan bahan letupan dalam satu perbuatan khianat pada awal pagi Ahad.

    Markas Pemerintah Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) dalam satu kenyataan berkata siasatan awal mendapati serangan itu dilakukan oleh kumpulan bersenjata bertopeng yang menyasarkan lima stesen minyak PTT di Narathiwat, empat di Yala dan dua lagi di Pattani pada kira-kira 1.10 pagi.

    MENARIK:  'RM3 juta pun tak ada?' - MIPP persoal program komputer terpakai Mitra

    ISOC 4 berkata pasukan keselamatan termasuk polis, tentera dan jentera bomba telah dikerahkan ke lokasi bagi mengawal keadaan serta memadamkan kebakaran sejurus selepas kejadian.

    Susulan kejadian itu, pihak keselamatan telah meningkatkan tahap kawalan di kawasan kejadian dan berdekatan ke peringkat tertinggi.

    Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah