28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zizan Razak Tak Tergugat Kehadiran Hero Baharu Dalam Industri Seni, Percaya Pada Rezeki

    Shopee Sale



    Kebanjiran ramai hero muda dan kacak ketika ini tidak sedikit pun menggugat kedudukan pelakon dan pelawak terkenal seperti Zizan Razak.

    Cemburu dari sudut positif

    Menerusi temu bual bersama Zizan tidak menganggap kemunculan hero baharu seperti Meerqeen, Nadhir Nasar, Amir Ahnaf, Mierul Aiman menutup periuk nasi pelakon berpengalaman sepertinya.

    Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T  kerana masih mendapat kepercayaan dari penerbit dan pengarah untuk beraksi sebagai hero dalam drama dan filem sampai sekarang.

    Saya tidak tergugat pun dengan kemunculan mereka kerana percaya pada rezeki masing-masing.

    Disoal mengenai persaingan pula, kata Zizan, dia lebih suka melihat kemunculan bakat baharu dari sudut yang positif.

    Saya gembira melihat kemunculan ramai hero baharu kerana nama mereka tengah naik dan menjadi pilihan penerbit dan pengarah drama dan filem ketika ini.

    Kalau cemburu pun dari sudut positif di mana kita perlu cari apa yang pelakon baharu itu tidak ada.

    Tambah Zizan, peminat sekarang sudah bijak menilai dan menghargai pelakon berpengalaman seperti industri perfileman di Hollywood.

    Walaupun ada hero baharu seperti Meerqeen, artis senior seperti Datuk Rosyam Nor, Bront Palarae, Shaheizy Sam dan Datuk Aaron Aziz masih menjadi pilihan penerbit untuk watak hero dalam industri perfileman sekarang.

    Tapi pelakon lama kena ingat, mereka perlu menjaga kualiti lakonan dan pastikan prestasi yang terbaik ditampilkan dalam lakonan untuk kekal relevan dalam industri seni.

    Pada masa sama, saya sendiri pun masih lagi belajar ilmu lakonan dan terus berusaha untuk memantapkan prestasi sedia ada.

    MENARIK:  [VIDEO] Ropie Imbas Detik Seram, Makhluk Besar Mata Merah Panggil Masuk Hutan – ‘Azlee Datang Tarik Saya’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah