Pelakon, Ziha Salleh meluahkan rasa syukur apabila suami dan anak-anak menjadi sumber kekuatan sepanjang perjalanannya menjayakan pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical 2026.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Yang Tak Tahu Saya Penyanyi’ – Ziha Salleh Tak Ambil Hati, Ibarat ‘Reborn’ Selepas Tiga Tahun Menerusi ‘Romansa’
Artikel Berkaitan: ‘Pasal Dapur Pun Boleh Hangin’ – Dituduh Guna Duit Haram, Ziha Balas Tuduhan Diva AA
Tulang belakang
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Ziha atau nama sebenarnya Nor Aziha Mohd Salleh berkata penglibatannya dalam teater itu didorong oleh sokongan suami dan dua anak lelakinya.
Menurutnya, mereka sentiasa menantikan kepulangannya di rumah sepanjang dia menjalani latihan teater.
Sejujurnya, saya menyertai perjalanan teater ini demi mereka yang menjadi tulang belakang saya, iaitu suami dan anak-anak lelaki saya.
Sepanjang tiga bulan menjalani latihan, mereka sentiasa menunggu kepulangan saya setiap hari. Ada kalanya saya pulang terlalu lewat sehingga tidak sempat melihat mereka masih berjaga.
Dalam pada itu, pelakon filem Pemuja Syaitan itu mengakui kehadiran suami dan anak-anak menyaksikan persembahannya membawa makna tersendiri, sekali gus membuatkan segala usaha yang dicurahkan terasa berbaloi.
Kehadiran mereka untuk menyaksikan detik ini sangat bermakna buat saya. Segala kepenatan pulang lewat malam dan usaha keras yang dicurahkan terasa berbaloi.
Mommy sangat menyayangi kamu berdua. Terima kasih kerana sentiasa menyokong Mommy dan menjadi penyokong terbesar Mommy.
Sementara itu, Ziha turut menghargai sokongan suaminya yang sentiasa berada di sisi sepanjang perjalanan karier seninya.
Malah, dia menyifatkan restu dan keizinan lelaki itu sebagai kunci kejayaannya sehingga ke hari ini.
Buat suami, tanpa dirimu, saya tidak mungkin berada di tahap ini hari ini. Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana saya mampu sampai sejauh ini, jawapannya mudah, semuanya kerana restu dan keizinan suamiku.
Selain itu, terima kasih kerana sentiasa menjadi tulang belakang saya dan memberikan sokongan untuk terus bertahan dalam industri ini.
Mungkin pada orang lain ini pencapaian biasa, tapi untuk saya, ini terlalu bermakna.
Untuk rekod, Ziha mendirikan rumah tangga bersama Zarul Hafis Zarak Kamal pada 8 Oktober 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Threads
The post Ziha Salleh Hargai Sokongan Suami & Anak – ‘Terima Kasih Sentiasa Menjadi Tulang Belakang Saya’ first appeared on OHBULAN!.





