Penyanyi, Nubhan Ahmad mengakui belum terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat selepas sah bercerai dengan bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah, pada Disember tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Nubhan Tak Ambil Hati Netizen Ejek ‘Padan Muka Nombor Tiga’ – ‘Saya Akui Kurang Memberi Dalam Persembahan’
Artikel Berkaitan: Dr Afifah Berang Dengan Nubhan, Dakwa Barang Peribadi Dicampak Di Hadapan Rumah Ibu – ‘Pernah Dah Dia Buat Saya Macam Ini’
Tak trauma nak kahwin

Nubhan, 40, berkata dia menyerahkan sepenuhnya soal jodoh kepada Tuhan dan terus memanjatkan doa agar perjalanan hidupnya dipermudahkan.
Saya tidak trauma untuk mendirikan rumah tangga, tetapi soal jodoh saya serahkan segalanya kepada Yang Maha Esa.
Sebab saya percaya segalanya telah dirancang oleh-Nya. Saya sebagai manusia biasa, mohon doa yang baik-baik.
Tentang jodoh, rezeki, ajal dan maut segalanya di tangan Allah. Apa yang perlu saya fikir ketika ini adalah perancangan dengan anak-anak dan keluarga.
Nubhan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert akhir Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada ibunya mengambil tahu atau campur tangan dalam kemelut rumah tangga yang dilaluinya, Nubhan menjelaskan perkara tersebut tidak berlaku.
Mak saya tak pernah ambil tahu tentang masalah rumah tangga saya. Dia lihat telefon pun tidak, jadi tidak berapa mengikuti tentang isu perkahwinan dengan bekas isteri.
Yang dia tahu beberapa perkara tentang saya sahaja, isu luar dia tidak berapa mengikuti sangat. Dia juga tidak bertanya kepada saya, serah sepenuhnya atas bahu saya.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Disember lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang kini berusia tiga tahun.
The post Nubhan Tak Trauma Nak Kahwin Baru, Serah Jodoh Kepada Tuhan – ‘Mohon Doa Yang Baik’ first appeared on OHBULAN!.





