Polis menahan seorang lelaki etnik Rohingya berusia 38 tahun bagi membantu siasatan kes penemuan dua karung guni berisi rangka dan tulang manusia di Kangar, Perlis.
Artikel Berkaitan: Dituduh Curi Motosikal, Remaja Dikurung & Dipukul Hingga Maut..Mayat Dibuang Tepi Jalan
Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Didakwa Ditikam Rakan Guna Gunting
Rangka manusia dalam karung guni

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, lelaki yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Behor Rotan Pahit, Sungai Berembang, Kuala Perlis pada Isnin, jam 12 tengah hari.
Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan selepas permohonan polis dibenarkan oleh Majistret Nurul Natasha Rizal di Mahkamah Kangar pada Selasa. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurut Yusharifuddin, polis merampas sebuah telefon bimbit Oppo Reno8 5G berwarna perak dan biru serta sekeping kad SIM redONE ketika penahanan suspek.
Pemeriksaan turut mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Setakat ini, tiada sebarang pengakuan diperoleh. Subjek menyatakan bahawa beliau hanya mengetahui tentang kejadian tersebut melalui kumpulan WhatsApp sahaja.
Subjek juga merupakan seorang pekerja kontrak dan pernah bekerja di kawasan Sungai Limau dan Kota Sarang Semut sejak dua bulan lalu.
Pada 26 Julai lalu, polis menemukan rangka manusia di dalam karung guni reput di sebuah kebun berhampiran kilang beras di Kampung Behor Mali.
Pada 5 Ogos apabila satu lagi karung guni putih mengandungi sisa tulang manusia ditemukan di tanah rizab Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), kira-kira 31.1 meter dari lokasi pertama.
Susulan penemuan itu, polis mengklasifikasikan semula kes yang pada awalnya disiasat sebagai mati mengejut (SDR) kepada kes bunuh.
Pada 29 September lalu, polis turut mengesan seorang lelaki warga Myanmar dikenali sebagai Mohd Ilyas Mohd Islam bagi membantu siasatan.
Sumber: Sinar Harian
The post Rangka Manusia Ditemukan Dalam Karung Guni, Lelaki Rohingya Direman 7 Hari first appeared on OHBULAN!.





