28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Zainal Abidin Dakwa Dihalau Dari Rumah Ketika Umur 7 Tahun – ‘Kami Tak Mempunyai Apa-Apa Untuk Teruskan Hidup’

    Shopee Sale

    Anak kepada penyanyi legenda Zainal Abidin, Timur Gabriel, baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah hidupnya dan keluarga sejak kecil.

    Artikel Berkaitan: ‘Anak Saya Mesti Binti Zainal Abidin, Kalau Bukan Maka Bukanlah Anak Saya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Cuma Tanya Adakah Saya Sembahyang?’ – Anak Dakwa Zainal Abidin Tiada Usaha Untuk Berdamai

    ‘Kami terpaksa meninggalkan rumah’

    Menerusi hantaran di Instagram, Timur mengaku bahawa dirinya sering disalah anggap sebagai seseorang memiliki kehidupan yang mewah. Namun realiti sebenar adalah sebaliknya. 

    Ramai orang yang tidak begitu mengenali saya sering menyangka bahawa saya dibesarkan dalam keluarga yang kaya, berada dan menjalani kehidupan yang mudah. 

    Tetapi hakikatnya sebahagian besar hidup saya dihabiskan dengan mencari jalan untuk memastikan keluarga saya selamat dan bahagia.

    Menurut Timur, hidupnya mula berubah ketika dirinya berusia tujuh tahun. Disebabkan beberapa peristiwa malang yang menimpa keluarganya, mereka terpaksa meninggalkan rumah dan memulakan kehidupan baru.

    Saya, ibu dan abang dipaksa meninggalkan rumah keluarga kami. Kami hampir tidak mempunyai apa-apa untuk teruskan hidup… Ia adalah pengalaman yang sangat mengejutkan dan traumatik buat kami semua.

    Ibu menghidap kanser

    View this post on Instagram

    A post shared by Timur Gabriel (@timurgabriel)

    Menceritakan lebih lanjut, Timur berkata ibunya terpaksa membesarkan dia dan abangnya sebagai ibu tunggal.  Lebih menyedihkan apabila ibunya disahkan menghidap kanser. 

    Semua tekanan itu akhirnya menyebabkan dia menghidap kanser, namun dia berjaya melawan penyakit itu dan terus hidup.

    Momen itu menjadi titik tolak kepada Timur untuk berusaha lebih keras demi masa depan keluarga mereka. 

    Masa berusoa 10 tahun, saya beritahu ibu yang akan membelikan dia sebuah rumah yang cantik

    Tak perlu risau pasal sewa, dan tak perlu bergantung pada mana-mana lelaki.”

    Setelah bertahun-tahun berusaha, Timur akhirnya berjaya menunaikan janji tersebut dan kini mampu memberikan semula kehidupan yang selesa kepada keluarganya.

    MENARIK:  Bella Astillah Dedah Sisi Sebenar Ibu Mentua, Siti Hafizah Dah Jangka Diserang Netizen – ‘Cyber Troopers’ Tak Berbayar Memang Terbaik’

    Sumber: Instagram Timur Gabriel

    The post Anak Zainal Abidin Dakwa Dihalau Dari Rumah Ketika Umur 7 Tahun – ‘Kami Tak Mempunyai Apa-Apa Untuk Teruskan Hidup’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah