27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zarif Ghazzi Sempat Video Call Ibu Ketika Makan Bersama Rakan Pelakon, Raih Perhatian Ramai – ‘Patutlah Dia Berjaya Sampai Ke Tahap Ini’

    Shopee Sale

    Tindakan pelakon Zarif Ghazzi yang memilih untuk membuat panggilan video bersama ibunya ketika sedang menikmati juadah makanan telah menarik perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarif Ghazzi Mahu Keluar Zon Selesa, Terbuka Bawa Pelbagai Karakter – ‘Pecahkan Tembok Stereotaip Masyarakat’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarif Ghazzi Jaga Kesihatan, Syukur Keputusan Pemeriksaan Normal – ‘Saya Nak Tidur Secukupnya ..’

    Panggilan video

    Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu memuat naik gambar Zarif yang memaparkan dirinya sedang menikmati makanan dipercayai bersama barisan pelakon Kudrat 1968: High Council di sebuah restoran.

    Apa yang lebih menarik perhatian, Zarif tetap meluangkan masa untuk berhubung dengan ibunya menerusi panggilan video meskipun sedang menikmati makan bersama rakan-rakannya.

    Zarif makan pun sambil buat panggilan video dengan ibunya. Patutlah dia berjaya sampai ke tahap ini.

    Dia sangatlah meratukan ibunya. Saya tertanya-tanya apa doa dan didikan ibu dia untuk dapat anak seperti ini.

    Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya turut memuji keperibadian Zarif yang tetap mengutamakan ibunya dalam apa jua keadaan.

    MENARIK:  redONE Lancar Kempen CSR Ramadan! Recycle & Reconnect, redINFAQ & Sokong Komuniti!

    Sumber: Threads

    The post Zarif Ghazzi Sempat Video Call Ibu Ketika Makan Bersama Rakan Pelakon, Raih Perhatian Ramai – ‘Patutlah Dia Berjaya Sampai Ke Tahap Ini’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah