27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Salah Laku, Laporan Polis Sudah Dibuat – ‘Serahkan Kepada Pihak Berkuasa’

    Shopee Sale

    Pihak pengurusan pelakon, Zarif Ghazzi tampil memberikan penjelasan berhubung isu membabitkan artis di bawah naungan mereka yang hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: CK Faizal Dedah Personaliti Zarif Ghazzi Ketika Kerja – ‘Atas Lantai Simen Pun Dia Boleh Duduk & Berehat’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Balqis Mohon Maaf Terlalu Beremosi, Pihak Produksi Jalankan Siasatan – ‘Terima Kasih Mendengar Suara Saya’

    Zarif Ghazzi nafi tuduhan seperti yang tular

    Menerusi satu kenyataan media, pemilik nama Zarif Farahi  Effie Ghazzi, 22, menegaskan bahawa dirinya tidak pernah melakukan sebarang perbuatan seperti yang didakwa.

    Zarif Ghazzi dengan tegas menafikan sebarang dakwaan salah laku yang dikaitkan atau yang mungkin ditafsirkan sebagai merujuk kepada dirinya, sama ada secara langsung, tidak langsung mahupun melalui sebarang bentuk innuendo.

    Zarif Ghazzi sentiasa berpegang kepada konsep profesionalisme, integriti dan sentiasa hormat dalam setiap urusan beliau sepanjang penglibatan beliau dalam industri seni hiburan.

    Dalam kenyataan sama, pihak pengurusan memaklumkan bahawa tindakan lanjut telah diambil berhubung perkara tersebut.

    Satu laporan polis telah dibuat dan wakil peguam telah dilantik bagi mendapatkan nasihat serta meneliti tindakan perundangan yang bersesuaian.

    Kami menyeru semua pihak, termasuk pihak media dan masyarakat, agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi, maruah dan hak mana-mana individu yang terlibat.

    Minta henti buat spekulasi

    Malah, pihak pengurusan kini menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak berkuasa dan bersedia memberikan kerjasama sepanjang proses siasatan dijalankan.

    Buat masa ini, kami menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan salurar perundangan yang sewajarnya.

    Pihak kami tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara yang masih dalam penelitian.

    Kami menghargai perhatian dan sokongan semua pihak serta berharap agar proses sewajarnya diberikan ruang untuk berjalan secara adil dan profesional.

    Terdahulu, Puteri Balqis meluahkan rasa berang selepas didakwa menerima amaran daripada peminat seorang pelakon lelaki supaya tidak mendekati hero pujaan mereka.

    MENARIK:  Lelaki Didakwa Curang Sebab Membuat Janda Minum Kopi, Kemudian Membunuh Isteri dan Membuang Mayat dalam Empangan

    Balqis kemudian mendakwa pernah diraba seorang pelakon lelaki ketika menjalani penggambaran drama.

    Bagaimanapun, aktres itu tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan dalam hantaran berkenaan.

    Namun, netizen mengaitkan perkongsian tersebut dengan peminat Zarif Ghazzi memandangkan kedua-duanya kini bergandingan dalam drama Dua Nyawa.

    The post Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Salah Laku, Laporan Polis Sudah Dibuat – ‘Serahkan Kepada Pihak Berkuasa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah