Pelakon, Zarif Ghazzi akui kehidupan berbeza setelah merangkul anugerah Pelakon ‘Newcomer’ Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Kerap Sakit Sebelum ‘Shooting’, Nafi Ada Pihak Dengki – ‘Hidung Berdarah, Demam & Sakit Mata’
Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Bakal Sambung Belajar Dalam Bidang Pentadbiran Perniagaan -‘Tak Mahu Setakat Ada SPM’
Anugerah membantu naikkan bakat baru

Ketika ditemui , Zarif atau nama lengkapnya Zarif Farahi Effie Ghazzi, 21, berpendapat malam anugerah berprestij itu membantu bakat-bakat baru untuk terus melonjak naik.
Menurut Zarif, dia turut menerima lebih banyak tawaran setelah merangkul anugerah pada malam berprestij tersebut.
Alhamdulillah ada banyak produksi yang beri tawaran.
Saya nampak perbezaan apabila telah menang anugerah di AMT 2025.
Bila kita terima anugerah, akan ada mata-mata yang melihat.
Dan sebab itu, banyak juga yang panggil saya untuk berlakon.
Pegang watak utama

Dalam pada itu, Zarif meluahkan rasa syukur apabila diberikan kepercayaan daripada pihak produksi untuk dirinya memegang watak utama.
Saya memang bersyukur.
Sebab bila kita tengok artis lama pun kadang-kadang mereka ambil tujuh ke lapan tahun.
Tapi macam saya, baru dua tahun dalam industri dah dapat pegang watak utama.
Saya agak gementar dan cuba untuk buang perasaan itu.
Sekadar info, Zarif diumum mengungguli kategori Selebriti Newcomer Terhangat, sekali gus menobatkan dirinya sebagai wajah baharu paling menonjol dan berpengaruh tahun ini.
Kemenangan ini diperoleh hasil daripada sokongan padu peminat menerusi undian 100 peratus rakyat Malaysia.
The post Zarif Ghazzi Makin Laku Selepas Rangkul Anugerah – ‘Saya Terima Lebih Banyak Tawaran Berlakon’ first appeared on OHBULAN!.





