25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Empat pelajar MRSM terkait kes buli disingkirkan

    Shopee Sale

    Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan empat daripada enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor yang terlibat dengan kes buli sudah disingkirkan.

    Asyraf Wajdi menerusi hantaran di Facebook berkata hukuman itu diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM yang bersidang semalam.

    Katanya dua lagi pelajar digantung sekolah sehingga pengesahan diperoleh daripada pihak polis yang melakukan siasatan sama ada mereka turut melakukan sentuhan fizikal terhadap mangsa atau tidak.

    “Allah sahaja yang tahu perasaan saya apabila enam pelajar diambil oleh ibu bapa masing-masing pagi tadi setelah JDM MRSM bersidang dan memutuskan untuk singkir mereka kerana kes buli.

    “Namun, amaran berulang kali diberikan. #YouTouchYouGo,” katanya.

    MENARIK:  Long Tiger dipenjara lagi, kali ini kerana merogol

    Dalam hantaran sama, Asyraf Wajdi berkata pelajar-pelajar junior yang didakwa membawa barang terlarang turut disiasat.

    “Apa juga kesalahan yang dibuat oleh junior tidak sesekali menghalalkan perbuatan buli dengan mengambil tindakan sendiri menghukum pelajar-pelajar terbabit.

    “Apa-apapun saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak Bahagian Pendidikan Menengah Maa dan JDM kerana mengambil tindakan segera dengan membuat siasatan dan mengadakan mesyuarat dalam tempoh 24 jam sebagaimana arahan saya,” katanya.

    Ahad lalu polis menahan enam pelajar lelaki berusia 17 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes buli membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah MRSM di Muar pada Mei.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah