Pelakon, Zara Zya mencuit hati netizen apabila berkongsi kisah lucu yang berlaku di set penggambaran apabila tanpa sedar membawa sebotol asam Thai yang sudah tamat tempoh.
Artikel Berkaitan: ‘Jumpa Pun Baru Sekali, Saya Tiada Hubungan Peribadi Dengan Individu Yang Digosipkan’ – Zara Zya
Asam thai expired

Menerusi hantaran di Threads, Zara memaklumkan dia pada awalnya membawa makanan tersebut untuk dinikmati sendiri. Namun, tidak menyangka menarik perhatian rakan pelakon dan kru lain yang mahu turut merasa.
Saya bawa asam Thai yang dalam botol ke set penggambaran. Ramai rakan artis dan kru yang nak. Jadi saya kongsilah.
Bila dah habis separuh botol makan, saya baru perasan benda itu dah expired bulan sembilan tahun lepas. Saya diamkan sahaja dan tetap makan sama-sama lepas itu.
Jelas Zara lagi, pengakuan sebenar hanya dibuat pada keesokan harinya, sekali gus mencetuskan reaksi terkejut rakan-rakan di set penggambaran.
Esok harinya, baru saya buat pengakuan yang asam itu dah expired. Menjerit semua orang. Eleh, bila nak balik tadi, dah nak habis dah pun asam itu. Layan juga korang kan?.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dengan sikap bersahaja pelakon itu, selain menyifatkan insiden berkenaan sebagai momen menceriakan suasana di set.
Sumber: Threads
The post Zara Zya Kongsi Kisah Lucu, Makan Asam Thai ‘Expired’ Dengan Artis & Kru Di Set Penggambaran first appeared on OHBULAN!.





