Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran di Instagram Story yang didakwa ditujukan kepada seorang pemain bola sepak tempatan berhubung isu sikap dan adab.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaquan Adha Kongsi Momen Kelahiran Hingga Detik Akhir Pemergian Arwah Anak – ‘Sakit & Pedih Bila Perasaan Ini Datang’
Berlagak?

Menerusi perkongsian tersebut, Zaquan dilihat meluahkan rasa kecewa terhadap individu berkenaan yang didakwa bersikap sombong ketika mereka berurusan.
Dalam hantaran itu, Zaquan turut menyentuh soal populariti, kadar bayaran serta kepentingan menjaga budi bahasa walaupun berada di puncak karier.
Kau jangan ingat sekarang nama kau orang sebut-sebut kau boleh berlagak. Aku tak minta duit kau lah, aku tanya rate kau berapa je.
Kau ingat aku hamak sangat dengan kau ke? Budi bahasa kena ada. Aku pernah ada di tempat kau dulu. Aku mungkin tak hebat macam kau, tapi setakat gambar dekat billboard aku pernah rasa.
Tambah suami kepada pelakon Ayu Raudhah itu lagi, seseorang pemain tidak seharusnya terlalu bongkak dengan kejayaan yang dimiliki kerana kehidupan boleh berubah pada bila-bila masa.
Kau tak payah berlagak nak cakap rate kau tinggi. Hanya beritahu berapa sahaja. Ingat, kita tak selalu di atas, bila kau berhenti main bola satu hari nanti baru kau tahu langit tinggi atau rendah.
Masa akan sampai juga satu hari nanti. Tak selamanya kita akan berada di atas. Pemain yang dah juara 12 kali pun tak sombong macam kau. Baru masuk final ‘S’ Cup je pun. Nasib baiklah JDT tak sign kau.
Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mula membuat spekulasi mengenai identiti pemain bola sepak yang dimaksudkan Zaquan.
Sumber: Instagram
The post Zaquan Adha ‘Sound’ Pemain Bola Didakwa Berlagak Bila Tanya ‘Rate’ Harga – ‘Kita Tak Selamanya Di Atas’ first appeared on OHBULAN!.





