Pelakon, Zain Saidin mengimbau kembali pengalaman yang disifatkan cukup indah ketika pernah menjejakkan kaki di bumi Palestin pada 2012 sewaktu menyertai satu misi kemanusiaan.
Artikel Berkaitan: ‘Tiga Saya Tidak Diberi Makan, Hanya Minum Air Tandas’ – Heliza Helmi
Pengalamnn yang seronok

Menerusi hantaran di TikTok, Zain, 41, berkata misi kemanusiaan tersebut turut disertai oleh rakan seindustri Bront Palare dan Datuk Afdlin Shauki.
Kata aktor itu, pengalaman berada di Palestin memberi kesan mendalam kerana bukan sahaja melihat sendiri penderitaan rakyat di sana, tetapi merasai semangat luar biasa saudara Islam yang berjuang untuk hidup.
Mungkin ramai tidak tahu, saya pernah pergi ke Gaza pada tahun 2012 bersama Bront Palare dan Afdlin Shauki, ketika itu saya belum mendirikan rumah tangga. Saya dapat jejakkan kaki di Palestin.
Pengalaman dapat jejak kaki ke sana adalah satu pengalaman yang cukup indah dan seronok. Waktu itu saya menggunakan jalan darat, tetapi sekarang jalan darat sudah di tutup. Sebab itu Global Sumud Flotilla ikut laut.
Pergi ke sana rasa seronok sebab dapat melakukan sesuatu untuk agama kita (Islam). Rakyat Palestin menyambut kehadiran kami dengan baik. Perasaan pergi Palestin macam pergi Makkah.
Saksi kemusnahan

Kongsi suami kepada Rozita Che Wan itu lagi, pengalaman tersebut juga membuatnya menyaksikan sendiri kemusnahan harta benda akibat serangan zionis Israel.
Beberapa hari sebelum pasukan kami sampai, Palestin baru sahaja di bom. Jadi ada beberapa kawasan yang sudah hancur.
Saya juga di bawa melihat kawasan perairan laut yang dikawal oleh kapal tentera Israeal. Melawat rumah ibu-ibu yang anaknya telah tiada. Mereka ceritakan anak-anak dan suami dibunuh.
Ketika mereka cerita saya menangis, tetapi mereka kata ‘jangan menangis, kenapa kamu menangis?’. Mereka kata anak-anak yang sudah meninggal dunia dapat sesuatu yang lebih tinggi daripada segulung ijazah.
Ketika berada di sana, terus terang saya katakan siapa yang tidak takut mati. Tapi saya sudah reda dan serahkan segalanya kepada Allah.
Menurut Zain, pengalaman itu benar-benar mengubah pandangan hidupnya tentang ketabahan dan kekuatan Iman.
Ada satu kejadian, saya, Bront dan Afdlin dengar bunyi drone. Rakyat di situ kata mungkin drone itu bawa bom. Saya terkejut, mereka kata jangan takut, kalau ada bom mereka akan tangkap.
Melihat orang-orang Palestin yang hebat, saya rasa betapa lemahnya diri ini. Pada akhirnya saya dapat belajar semangat daripada mereka. Orang Palestin sangat menakjubkan, iman mereka sangat hebat.
Sumber: TikTok
The post Zain Saidin Imbau Pengalaman Jejak Kaki Di Palestin – ‘Kehadiran Kami Disambut Baik’ first appeared on OHBULAN!.





