28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    You.Will.Knovv Gegar KL Oktober Ini! Tabber, Rad Museum & Miso Bergabung Satu Pentas

    Shopee Sale

    Peminat muzik R&B alternatif Korea jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan berhibur dengan artis di bawah label you.will.knovv menerusi konsert jelajah Asia pertama mereka.

    Konsert you.will.knovv

    Konsert you.will.knovv in Malaysia 2025 yang dianjurkan oleh TopGallant Show akan berlangsung pada 4 Oktober 2025 (Sabtu), jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.

    Tiga artis utama yang bakal menggegarkan pentas ialah Tabber, Rad Museum dan Miso.

    Label you.will.knovv yang diasaskan oleh penyanyi DEAN pada 2017 terkenal dengan gaya muzik sonik yang atmosferik dan bebas genre. Jelajah ini membuka lembaran baharu buat label tersebut dalam membawa muzik mereka terus kepada peminat Asia.

    Tabber, suara garau dan gaya uniknya menjadikannya tumpuan sejak “Deep End Mix Tape” (2020). Kini kembali ke Malaysia selepas menyertai “Show Me The Money 10” dan melancarkan album “Madness Always Turns to Sadness” (2023).

    Rad Museum iaitu pemenang Album R&B Terbaik (Korean Hiphop Awards 2023) menerusi album “RAD”. Turut popular dengan “GIRL” (2023) dan “HOME SICK” (2024).

    MENARIK:  [VIDEO] ZRA & Farah Lee Perjelas Golongan Wanita Turun Berjuang – ‘Orang Arab Mencintai Anak Perempuan’

    Miso pula buat pertama kali tampil di Malaysia, dan dikenali dengan lagu seperti “Take Me” dan “Alone”, serta pernah bekerjasama dengan Epik High dan Crush.

    Tiket sudah mula dijual pada 18 Julai (Jumaat), jam 12 tengah hari menerusi my.bookmyshow.com, my.trip.com dan http://www.ctrip.com

    VIP (Berdiri & Tempat Duduk): RM538, CAT 1 (Berdiri): RM338, CAT 2 (Tempat Duduk): RM238, VIP BOX: Hubungi penganjur melalui DM atau WhatsApp +012 816 2218

    Bagi pemegang lanyard dan tag VIP, korang berpeluang menang cabutan bertuah seperti 200 poster bertandatanga, 100 slot foto peribadi (3:1) dan 10 slot foto berkumpulan (3:10)

    Maklumat lanjut di: http://www.topgallantshow.com

    The post You.Will.Knovv Gegar KL Oktober Ini! Tabber, Rad Museum & Miso Bergabung Satu Pentas first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah