Seorang lelaki disyaki membunuh ibunya yang berusia 100 tahun di barat Tokyo, Jepun, dipercayai akibat keletihan mengurus wanita tersebut yang sudah lanjut usia.
Artikel Berkaitan: Wanita Ditemui Mati Berikat & Tanpa Pakaian Di Tepi Jalan
Artikel Berkaitan: Remaja 14 Tahun Bakar Rumah, ‘Naik Hantu’ Gara-Gara Ibu Bapa Tak Belikan Telefon Baharu
Tutup mulut ibu

Memetik laporan The Mainichi, suspek yang dikenali sebagai Masato Watabe, 79, didakwa menutup mulut serta melakukan serangan terhadap ibunya di kediaman mereka sekitar jam 1 tengah hari.
Namun pada 2.10 petang, suspek membuat panggilan kecemasan dan mangsa kemudian dibawa ke hospital.
Bagaimanapun, warga emas itu disahkan meninggal dunia.
Pihak polis memaklumkan bahawa suspek mengakui perbuatannya itu dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan.
Difahamkan, penurunan kadar kelahiran dan peningkatan usia penduduk di negara itu menimbulkan isu sosial, apabila warga emas dengan keterbatasan fizikal terpaksa mengurus ahli keluarga yang lebih tua.
Untuk info, penurunan kadar kelahiran dan penuaan penduduk di negara tersebut mencetuskan isu sosial, di mana warga emas terpaksa menjaga ahli keluarga yang lebih tua walaupun menghadapi keterbatasan fizikal.
Sumber: The Mainichi
The post Warga Emas Nekad Akhiri Hayat Ibu Usia 100 Tahun Kerana Terbeban & Penat Mengurus first appeared on OHBULAN!.





