27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Pernah Jadi Penyondol Nasihat Marissa Dania – ‘Kau Tidak Akan Menang Sampai Bila-Bila & Sentiasa Tidak Tenang’

    Shopee Sale

    Seorang individu tampil menitipkan pesanan buat pempengaruh Marissa Dania ekoran keadaannya yang turut menjadi isteri kedua dan menikah di Siam, Thailand.

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Jalan Tu Lambat, Berlarilah..Semua Orang Nak Adik Bahagia’ – Azza Elite Titip Nasihat Buat Marissa Dania

    Artikel Berkaitan: Marissa Dania Persoal Tindakan Umisya Bangkitkan Isu Lama – ‘Saya Tidak Dapat Hak Sebagai Isteri Seadilnya’

    Nasihat daripada individu

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu terbabit seakan memberi gambaran memahami keadaan Marissa Dania sebagai isteri kedua.

    Menurut individu terbabit, keputusan yang dilakukan Marissa Dania tidak akan membawa ketenangan hidup malah berharap agar anak kepada selebriti Abby Abadi itu segera bertaubat kepada Allah.

    Aku nak kongsi pengalaman jadi penyondol, nikah di Siam.

    Jadi aku rasa aku layak nak nasihat kau. Aku tahu kau ada perasaan ingin menang dengan Umisya. Kau berjaya kahwin pun aku tahu kau bangga.

    Tapi percayalah cakap aku, mungkin kau rasa menang tapi sebenarnya kau dah kalah teruk dan kau tidak akan menang sampai bila-bila serta sentiasa tidak tenang.

    Dalam pada itu, individu terbabit turut menggesa Marissa Dania agar segera keluar daripada rumah tangganya dan memulakan kehidupan baharu memandangkan usianya yang masih muda.

    Satu saja cara dia, kau kena keluar dari semua ini. Ingatlah Allah itu maha pengampun.

    Tapi aku tahu kau susah nak terima apa-apa nasihat saat ini.

    Dan aku tahu ketika ini, mungkin yang ada dalam hati hanya rasa marah dengan kenyataan atau nasihat daripada orang ramai terutama mak ayah kau.

    Percayalah, Allah akan cuit kau dan pada ketika itu kau akan terduduk seduduknya.

    Bila hari itu datang, bertaubatlah ya. Allah masih sayang kau.

    Terdahulu, pagi Isnin, Marissa bersama suaminya, Ahmad Aslam hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan perkahwinan mereka.

    MENARIK:  Gambar Korang Kini Lebih Sempurna Dengan Keupayaan Magic AI Terbaru Pada Siri HONOR 200

    Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, anak guamnya itu telah melafazkan cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya sebanyak dua kali.

    Difahamkan, lafaz cerai pertama berlaku pada September 2024 sebelum pasangan itu kembali rujuk pada bulan sama. Namun, pada April 2025, Aslam sekali lagi melafazkan cerai sebelum mereka dilaporkan rujuk semula pada Jun.

    Sumber: Threads @thingsferyou

    The post Wanita Pernah Jadi Penyondol Nasihat Marissa Dania – ‘Kau Tidak Akan Menang Sampai Bila-Bila & Sentiasa Tidak Tenang’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah