Seorang individu berkongsi kisah seorang wanita yang didakwa dijangkiti HIV akibat perbuatan suaminya.
Artikel Berkaitan: Pesakit HIV Mengaku Rogol Wanita OKU, Dipenjara 10 Tahun & 5 Sebatan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lavender Marriage’ Meliar Di Malaysia, Doktor Perjelas Implikasi Bahaya – ‘Risiko Jangkitan Penyakit Kelamin & HIV’
Isteri positif HIV
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut sebelum ini mengalami keguguran anak sulung dan hadir ke hospital untuk menjalani prosedur ‘cuci rahim’. Namun, pemeriksaan lanjut oleh doktor membawa kepada pengesanan jangkitan HIV.
Seorang wanita hamil berdepan kesedihan besar setelah mengalami keguguran anak sulung.
Dia kemudiannya hadir ke hospital untuk prosedur ‘cuci rahim’. Malangnya, doktor tiba-tiba sahkan dia positif HIV. 3 kali buat test, semua result sama.
Dalam perkongsian sama, wanita itu mendakwa punca jangkitan berpunca daripada sikap suaminya yang disifatkan kerap berlaku curang dengan beberapa wanita lain.
Rupanya selama ni, suami dia memang kerap ‘jajan luar’, curang dengan ramai wanita.
‘Tengok! Aku positif HIV sebab kau! Kau curang sana sini, aku yang kena!’
Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa wanita berkenaan.
Respon netizen

Sumber: Threads
The post Wanita Keguguran Jalani ‘Cuci Rahim’, Terkejut Disahkan Positif HIV – ‘Kau Curang, Aku Yang Kena’ first appeared on OHBULAN!.





