32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

    Shopee Sale



    Pelakon jelita, Nora Danish menitipkan pesanan buat wanita untuk memperbanyakkan istighfar dan amalan bersedekah.

    Pesanan kepada wanita

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Shahrulezad Mohameddin (@budakijat)

    Menerusi perkongsian dimuat naik semula (repost) pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif berkata, amalan itu perlulah dilakukan khususnya buat mereka yang banyak mengata serta mengumpat orang lain.

    Untuk wanita terutamanya, Nabi berpesan bahawa kita perlu perbanyakkan istighfar dan bersedekah.

    Dan bila bersedekah niat kan, ‘Ya Allah sedekah ini aku khususkan kepada mereka yang aku zalimi, mereka yang berhak ke atas diriku’.

    Tambah pelakon filem ‘Polis Evo’ itu lagi, seseorang itu juga perlu bertaubat daripada dosa yang dilakukan supaya tidak menjadi muflis akhirat.

    Kalau kita nak minta maaf pada setiap orang yang kita umpat memang tak logik lah kan?

    Lagi-lagi, mereka itu kita tak pernah berjumpa pun. Jadi, amalkan sedekah ini dan sentiasa bertaubat.

    Supaya tak muflis akhirat kerana dah menjadi kebiasaan kita suka ‘membawang’.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pesanan dan nasihat yang disampaikan Nora.

    MENARIK:  [VIDEO] Raja Ilya Dipuji Ajar Anak Bertutur Bahasa Melayu, Dedah Talita Suka Makan Ikan Bilis Goreng

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah