29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Usahawan Dedah Video Opai Borak ‘Cikaro’, Dakwa Direndahkan Depan Orang – ‘Tak Pernah Kenal Saya Secara Peribadi’

    Shopee Sale

    Usahawan Nara tampil bersuara selepas mendakwa dirinya direndahkan oleh suami kepada pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa iaitu Opai.

    Artikel Berkaitan: Dipersoal Opai, Hazwani Helmi Pertahan Keputusan Sertai Misi Gaza Walaupun Berisiko

    Artikel Berkaitan: ‘Tanda Isteri Disayangi Mentua? Beria Tangkap Gambar Menantu Sampai Berebut’ – Opai

    Opai rendahkan wanita?

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, usahawan yang dikenali sebagai Nara memuat naik video yang dipercayai merakam kenyataan Opai mengenai dirinya ketika berada di hadapan beberapa individu.

    Dakwanya, Opai menyifatkan dirinya sebagai seseorang selebriti namun memilih jalan mudah.

    Menurut Nara, perkara itu mengundang rasa kurang senang memandangkan Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang tidak pernah berkomunikasi atau mengenalinya secara peribadi.

    ‘Ingatkan dah upgrade level artis, rupanya pilih jalan mudah.’

    Itulah yang dikatakan mengenai saya, di hadapan orang lain.

    Awak tak pernah pun bercakap dengan saya. Awak tak kenal saya secara peribadi. Langsung tak pernah.

    Awak merendahkan seorang perempuan yang awak sendiri tak kenal, itu lebih banyak menceritakan tentang diri awak berbanding saya.

    Difahamkan, video berkenaan sudah lama berada dalam simpanannya selain mendakwa terdapat banyak perkara lain yang telah didengarinya sebelum ini.

    Cubaan yang baik, Opai. Untuk pengetahuan awak, video ini saya dah dapat lama. Banyak benda yang saya dah dengar. Mungkin hari ini adalah harinya.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] Vida Terima Pujian Kerana Berani & ‘Confident’ Buat Pembentangan, Netizen Komen ‘Nak Berjaya Tak Boleh Malu’

    The post Usahawan Dedah Video Opai Borak ‘Cikaro’, Dakwa Direndahkan Depan Orang – ‘Tak Pernah Kenal Saya Secara Peribadi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah