Seorang bekas anggota bomba berkongsi pengalaman hampir kehilangan nyawa ketika bertugas memadam kebakaran sebuah rumah kira-kira lima tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anggota Bomba Kongsi Pengalaman Urus Kemaluan Lelaki Tersekat ‘Ring’ – ‘Mangsa Buat Demi Kepuasan Diri’
Artikel Berkaitan: ‘Kami Sedang ‘Main Aci’ Dengan Jaslinda…Hari Ini Cari Di Sini, Esok Dia Dah Ke Tempat Lain’ – Bomba
Hampir kehilangan nyawa
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, individu terbabit memaklumkan ketika itu dia bersama pasukan memasuki rumah yang dipenuhi asap tebal untuk mencari mangsa serta mengenal pasti punca kebakaran.
Menurutnya, dia tersandar pada sebuah pintu sebelum pintu berkenaan pecah dan menyebabkan oksigen masuk ke dalam ruang tersebut.
Saya bekas anggota bomba dan pengalaman ini berlaku kira-kira lima tahun lalu ketika saya hampir kehilangan nyawa semasa bertugas memadam kebakaran rumah.
Ketika itu, kami masuk ke dalam rumah yang dipenuhi asap dan gelap untuk mencari mangsa serta punca kebakaran. Saya naik ke tingkat dua dan ketika sedang mencari, saya tersandar pada sebuah pintu.
Difahamkan, situasi itu mencetuskan letupan ‘backdraf’ yang kuat sehingga menyebabkan individu terbabit terjatuh kira-kira 10 kaki ke bawah.
Menurutnya, kecederaan itu mengubah hidupnya apabila dia kini terpaksa hidup dengan kecacatan kekal dan tidak lagi mampu melakukan pekerjaan seperti dahulu.
Tiba-tiba pintu itu pecah dan apabila oksigen masuk, berlaku letupan backdraft yang agak kuat.
Tangga roboh dan saya terjatuh kira-kira 10 kaki ke bawah. Ketika itu saya lengkap dengan peralatan PPE yang beratnya sekitar 30 kilogram. Muka saya terbakar dan saya hampir kehilangan nyawa.
Akibat kejadian itu, saya kini mengalami kecederaan kekal termasuk herniated disc pada bahagian L4 dan L5. Banyak pekerjaan yang saya sudah tidak mampu lakukan seperti dahulu.
Sumber: Threads
The post Bekas Anggota Penyelamat Kongsi Detik Hampir Hilang Nyawa first appeared on OHBULAN!.





