25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wani Kayrie Bangga ‘Cak Cak Cekuk’ Dipilih Untuk Persembahan Hari Merdeka – ‘Tengok Video Latihan Pun Saya Dah Meremang’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Wani Kayrie tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila lagu popularnya berjudul ‘Cak Cak Cekuk’ dipilih untuk dipersembahkan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wani Kayrie Gagal Kawal Emosi, Sebak Karya Dilabel Tidak Berkualiti – ‘Saya Tak Akan Dapat Puaskan Hati Semua Orang’

    Cak Cak Cekuk Hari Merdeka

    Wani atau nama lengkap Syazwani Abdullah berkata, walaupun sudah lama mengetahui perkara itu, dia memilih untuk berahsia terlebih dahulu sehingga tiba masa yang sesuai untuk berkongsi.

    Lama saya simpan rahsia ini, bila adik saya bagitahu dia terlibat dengan persembahan itu sempena Hari Kebangsaan dan gunakan lagu ‘Cak Cak Cekuk’, saya sangat teruja dan tidak sabar nak lihat persembahan penuh nanti.

    Dalam pada itu, penyanyi berusia 25 tahun ini berkata, ketika melihat video sesi latihan sahaja sudah cukup membuatkan emosinya tersentuh.

    Baru tengok video latihan pun saya dah rasa meremang satu badan. Ini betul-betul satu hadiah bermakna untuk kejayaan lagu ni. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang terus menyokong.

    Wani turut menganggap pemilihan lagu itu sebagai satu penghargaan besar dalam kerjaya seninya, sekali gus menyuntik semangat buatnya untuk terus menghasilkan karya yang segar dan berimpak.

    Bukan mudah nak hasilkan lagu yang diterima semua peringkat usia, jadi bila lagu ni dipilih untuk acara besar seperti sambutan kemerdekaan negara, ia sesuatu yang sangat luar biasa buat saya.

    The post Wani Kayrie Bangga ‘Cak Cak Cekuk’ Dipilih Untuk Persembahan Hari Merdeka – ‘Tengok Video Latihan Pun Saya Dah Meremang’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] Hafidz Roshdi Ditemani Athira Yuhada Ke Mahkamah Untuk Kes Dakwaan Mencederakan Bekas Isteri

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah