29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kalau Saya Ada Buat Salah, Itu Antara Saya Dengan Tuhan’ – Khai Bahar

    Shopee Sale



    Penyanyi Khai Bahar akui dirinya juga sering kali melakukan kesilapan dalam hidup dan berharap agar dapat menutup aib sendiri daripada menyebarkannya di media sosial.

    Semua buat silap

    Menerusi sesi temu bual Melodi, pemilik nama Muhammad Khairul Baharuddin, 31, meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen sehingga menggangu emosi keluargnya.

    Ujar Khai, dia sedang mengumpul segala bukti tangkap layar atau ‘screenshot’ untuk menjadi bukti di mahkamah nanti.

    Saya agak kurang berpuas hati dengan golongan ytjt (Yang Tahu Je Tahu).

    Ianya bermula apabila saya repost story adik ipar saya, kami menuju ke majlis perkahwinan.

    Saya salahkan individu yang meninggalkan komen negatif sehingga melibatkan adik saya.

    Sekarang saya tengah screenshot komen yang ‘terpaling’ tahu sebab saya dah bersedia untuk saman orang-orang ini.

    Hati berubah

    Bagaimanapun, pelantun lagu ‘Luluh’ itu tidak menafikan dakwaan mengenai dirinya menjalani hubungan sejenis.

    Kadang-kadang hati kita berubah.

    Sekejap nak jadi itu, sekejap nak jadi ini.

    Kalau saya ada buat salah pun, itu antara saya dengan tuhan. Kenapa saya nak buka aib sendiri?

    Kalau betul kau tahu pun, kau diam saja. Tak perlu bagitahu satu dunia.

    Saya tidak bersetuju atau pun menafikan tuduhan itu, sebab manusia buat silap.

    Sebelum ini, tular di platform X, video Khai bersama adik iparnya bergambar di dalam kereta.

    MENARIK:  Rezeki Anak Terus Melimpah, Bapa Mohd Aariz Zafran Syukur Tauke Kereta Terpakai Hadiahkan Proton Persona

    Hantaran itu dihujani dengan tuduhan tidak berasas ke atas Khai Bahar apabila dikatakan menjalinkan hubungan bersama seorang lelaki.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah