27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wan Arena Serba Salah Susulan Kontroversi Bapa, Akui Tak Setuju Dengan Tindakan Keluarga

    Shopee Sale

    Pelakon Wan Arena meluahkan rasa serba salah susulan kontroversi membabitkan bapanya, Iman Wan, yang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: ‘Memang Gementar Bawa Karakter Itu, Sebab Netizen Boleh Berkata Apa-Apa Saja’ – Arena Wan

    Artikel Berkaitan: Keraguan Bapa Tak Patahkan Semangat, Arena Wan Nekad Buktikan Potensi Diri

    Sedih seluruh keluarga terpalit

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Arena atau nama sebenarnya Arena Wan Mun-Yi, 27, akui tidak bersetuju dengan setiap tindakan atau keputusan yang dibuat keluarganya.

    Menerusi luahan yang dikongsikan, Arena sedih apabila tindakan bapanya menyebabkan seluruh keluarga turut menerima tempias.

    Saya sebenarnya berada dalam keadaan serba salah.

    Saya sayangkan keluarga dan akan sentiasa menyokong mereka. Namun, itu tidak bermakna saya bersetuju dengan segala perkara yang mereka katakan atau lakukan.

    Sedih apabila melihat apa yang telah dilakukan oleh ayah sehingga akhirnya seluruh keluarga turut terpalit. Lebih menyedihkan, semua ini berlaku di luar kawalan saya kerana ia merupakan keputusan yang dibuat oleh ayah sendiri.

    Dalam pada itu, Arena turut mengakui berasa bersalah kerana tidak bersuara atau menegur perkara yang berlaku.

    MENARIK:  [VIDEO] Aiman Tak Kesah Hanya Niat Nak Jatuhkan Talak Dua, Akui Tak Ada Ilmu Perkahwinan – ‘Habis Punah Rumah Tangga’

    Bagaimanapun, dia mendakwa setiap kali dirinya cuba menyuarakan pandangan keadaan sebaliknya menjadi lebih buruk sehingga akhirnya memakan diri sendiri.

    Saya sudah pun berasa bersalah kerana tidak bersuara dan menegur apa yang berlaku.

    Namun, setiap kali saya cuba menyuarakan sesuatu, keadaan akhirnya menjadi lebih buruk dan memakan diri sendiri.

    Imbas kembali, isu tersebut tercetus selepas bapanya berkongsi pengalaman ketika membawa anak istimewanya, Adam, menjamu selera di sebuah restoran yang telah ditempah untuk acara persendirian pada pukul 7 malam.

    Perkongsian itu mengundang perhatian ramai selepas berlaku pertikaian dengan seorang wanita berbaju merah yang turut menjadi sasaran kecaman netizen.

    Sumber: Threads

    The post Wan Arena Serba Salah Susulan Kontroversi Bapa, Akui Tak Setuju Dengan Tindakan Keluarga first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah