28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Viral Video Kena Kutuk Dengan Bekas Rakan Sekerja, Jurujual Terima Permohonan Maaf

    Shopee Sale



    Viral di media sosial mengenai seorang lelaki yang menjadi mangsa kutukan rakan bekas sekerja secara siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

    Sudah maafkan

    Menurut lelaki yang dikenali sebagai Rezza, dia sudah memaafkan individu yang mengutuk dirinya. Walau bagaimanapun, sebagai manusia dia turut meluahkan rasa kesal kerana individu tersebut dikatakan membuat permohonan maaf secara tidak beradab.

    Semalam mungkin majikan nasihat mereka, dia ada lah whataspp saya minta maaf. Saya maafkan, tapi dia cabar saya nak viral kan viral lah. Sebelum saya muat naik, saya baca chat dengan dia, ini bukan cara yang betul untuk minta maaf. Tapi cara dia minta maaf seperti tiada adab.

    Saya tak tahu dia ikhlas atau tidak mungkin dia ikhlas cara dia sebegitu. Sebab dia minta maaf tu dia selitkan lagi cakap saya sombong. Saya tak faham saya sombong macam mana sebab kalau orang yang kenal saya memang akan cakap saya peramah.

    Saya dah minta maaf tapi, dia masih nak cakap saya sombong ini macam tak puas hati lagi. Saya tak mahu bawa hal ini ke pihak atasan, sebab kalau saya berhubung dengan mereka mesti bergaduh.

    Saya rasa mereka tak professional tak perlu lah kutuk saya di live, saya kebetulan nampak pula jadi ini memang keajaiban.

    Tambah Rezza, dia berhenti kerja di tempat itu kerana tidak tahan dengan suasana bekerja di sana.

    Mula-mula saya nak letak jawatan, tapi tak tahu nak berhenti sebab apa. Jadi bila saya nampak live kena kutuk ni. Saya bagitahu lah dekat boss, saya nak last day sebab saya nak ke karier lain tapi dalam hati saya sebab benda itu.

    Saya tak mahu lah serang mereka, atau buat hal sebab itu dekat syarikat orang.

    Terdahulu, seorang wanita yang dikenali sebagai Fatihah memaklumkan bahawa mereka dalam proses penyelesaian dan pihak rakannya yang mengutuk itu sudah pun membuat permohonan maaf secara peribadi.

    MENARIK:  Bella Astillah Dedah Sisi Sebenar Ibu Mentua, Siti Hafizah Dah Jangka Diserang Netizen – ‘Cyber Troopers’ Tak Berbayar Memang Terbaik’

    Ujar Fatihah, dia berasa terkilan apabila media sosialnya diserang oleh netizen sedangkan dia tiada apa-apa isu dengan lelaki tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah