29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hati Dr Fie Sudah Dimiliki, Kini Bergelar Tunangan

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek kembali menyorot perhatian selepas berkongsi beberapa momen pertunangannya di media sosial.

    Artikel Berkaitan: ‘Bila Sedih Ramai Tanya Okay Tak? Bila Kejar Impian Orang Cakap Janda Berhias, Asyik Melaram’ – Dr Fie

    Artikel Berkaitan: Dr Fie Kongsi Kesedihan, Ditinggalkan Tanpa Sempat Difahami – ‘Sedang Ajar Diri Untuk Tetap Hidup’

    Dah kahwin?

    View this post on Instagram

    A post shared by DrFie Tawfek (@drfietawfek)

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Dr Fie seolah-olah memberi bayangan bahawa dirinya kini sudah membuka lembaran baharu dalam kehidupan selepas rumah tangganya bersama penyanyi Nubhan berakhir.

    Menurut Dr Fie, cinta tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang menyakitkan kerana cinta merupakan perkara yang suci dan datang daripada Allah.

    Cinta tidak pernah menyakitkan kerana cinta itu sendiri suci.

    Cinta datang daripada Allah, luas dan berlimpah, ada di mana-mana dalam doa seorang ibu, dalam pelukan seorang ayah, dalam tangan yang menghulur ketika kita hampir jatuh, dan dalam hati yang masih memilih untuk percaya walaupun pernah kecewa.

    Cinta tetap cinta. Sentiasa cukup, sentiasa luas, dan sentiasa punya ruang untuk tumbuh semula.

    Dalam perkongsian sama, Dr Fie turut dilihat menerima hadiah perkahwinan daripada seorang kenalan yang disertakan ucapan ‘Selamat Pengantin Baru.’

    MENARIK:  Zhiddin Aziz Kongsi Pengalaman Berurusan Bersama Polis Di Indonesia – ‘Mereka Pesan Buat Video Yang Bermanfaat’

    Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Dr Afifah pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor. 

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

    Sumber: Instagram

    The post Hati Dr Fie Sudah Dimiliki, Kini Bergelar Tunangan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah