29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #TipsXTRA: ‘Jangan Terlalu Main-Main Di Usia 20-an’ – Aiman Hakim Ridza Dedah Kenapa Umur 30-an Paling Mencabar

    Shopee Sale

    Memasuki usia 30-an sering dianggap sebagai fasa apabila seseorang mula berdepan dengan lebih banyak tanggungjawab, tuntutan kerjaya serta persoalan mengenai hala tuju kehidupan.

    Bagi pelakon Aiman Hakim Ridza, apa yang dilakukan seseorang ketika berada dalam lingkungan usia 20-an sebenarnya memainkan peranan besar dalam menentukan kehidupan mereka apabila melangkah ke usia seterusnya.

    Artikel Berkaitan: #TriviaXTRA: Belajar Membaca Sendiri Sejak Kecil, Aiman Hakim Ridza Rupanya Pernah Nak Jadi Ustaz

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Tak Akan Pernah Cukup Kalau Hanya Kejar Kemewahan’ – Aiman Hakim Ridza Utamakan Ketenangan & Kebahagiaan Diri

    Usia 30-an Paling Mencabar

    #TipsXTRA merupakan segmen yang mengetengahkan perkongsian, nasihat serta pandangan selebriti mengenai kehidupan, kerjaya, hubungan dan pembangunan diri yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca.

    Bagi edisi #TipsXTRA minggu ini, Aiman mengakui usia 30-an merupakan antara fasa kehidupan yang paling mencabar buat dirinya setakat ini.

    Saya belum sampai usia 40-an lagi, tetapi bagi saya usia 30-an ini saya rasa paling mencabar. Usia 20-an kita masih mencari keseronokan.

    Tetapi apabila dah mencapai usia 30-an, segala yang kita lakukan ketika usia 20-an akan menentukan apa yang akan terjadi pada usia tersebut.

    Jangan Banyak Bermain’ Di Usia 20-an

    Menurut Aiman, golongan muda tidak seharusnya terlalu mengambil mudah tempoh usia 20-an kerana keputusan serta tabiat yang dibentuk ketika itu boleh memberi kesan terhadap masa depan.

    Kalau terlalu bermain-main pada usia 20-an, percayalah cakap saya, anda mungkin sukar untuk berjaya apabila mencapai usia 30-an.

    Apa yang kita buat pada masa lalu akan menentukan masa depan sendiri.

    View this post on Instagram

    A post shared by Aiman Hakim Ridza (@aimanhakimridza)

    Perlu Ada Disiplin, Ilmu & Kematangan

    Dalam masa sama, Aiman menjelaskan pandangannya itu bukan bermaksud seseorang perlu menyesali keputusan lalu, sebaliknya anak muda khususnya lelaki perlu mula membina diri seawal usia 20-an.

    Saya tak kata kita perlu patah balik masa dan ubah semuanya, tetapi seorang lelaki pada usia 20-an sepatutnya sudah boleh menjaga diri sendiri.

    Perlu ada disiplin, ilmu, banyakkan membaca dan tingkatkan kematangan diri. Bergaul dengan orang untuk dapatkan ilmu dan jangan lokek untuk bertanya.

    Bagi Aiman, usia muda bukan sekadar ruang untuk mencari keseronokan, tetapi menjadi tempoh penting untuk membina asas diri sebelum berdepan dengan cabaran kehidupan yang lebih besar pada masa akan datang.

    MENARIK:  Drama Diulang Tayang, Pelakon Tetap Dibayar Sekali? Mengapa Isu Royalti Masih Belum Selesai

    The post #TipsXTRA: ‘Jangan Terlalu Main-Main Di Usia 20-an’ – Aiman Hakim Ridza Dedah Kenapa Umur 30-an Paling Mencabar first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah