Penyanyi, Zehra Zambri meluahkan rasa lega apabila proses perceraian mencapai kata sepakat antara suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sudah Sedia Ceraikan Zehra Zambri’
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Dakwa Terpaksa ‘Mengemis’ Duit Susu & Lampin Anak Daripada Suami
Tangguh cerai

Ketika ditemui , Zehra memaklumkan bahawa pihak mahkamah menasihati agar tidak melafazkan cerai hari ini dengan keadaannya yang tidak suci.
Ujarnya, isu hadanah dan nafkah akan diselesaikan kemudian untuk memberi keutamaan kepada proses perceraian.
Saya rasa lega sebab dah lama kan kes ini berlarutan. Saya harap sangat 20 Ogos ini merupakan tarikh terakhir saya hadir ke mahkamah.
Isu nafkah tertangguh, hadanah akan diuruskan selepas sah cerai nanti. Untuk proses tahkim tadi, biasa lah saya kata begitu begini dinafikan defendan.
Hakim pun sudah dengar penjelasan saya. Ada percanggahan hujah, tapi semua itu direkodkan dan dikemukakan depan hakim. Jadi tiada ada jalan lain selain perceraian.
Zehra berkata demikian ketika selesai proses Tahkim di Mahkamah Rendah Hulu Langat, Bangi, sebentar tadi.
Zehra block suami

Menjawab isu culas tanggungjawab terhadap anak, Nur Mohd Iqwan Samsudin mendakwa Zehra menyekat panggilannya sehingga tidak dapat menghubungi anak-anak.
Susah nak cakap, saya hanya doa yang terbaik untuk Zehra. Saya sentiasa ada, bila bila masa saya boleh dihubungi. Cumanya saya ingin kes ini cepat diselesaikan.
Zehra boleh buat tuntutan. Sekiranya dia cakap Julai adalah bulan terakhir saya beri nafkah, buat tuntutan. Dan mungkin Zehra boleh unblock untuk saya hubungi anak-anak.
Dimaklumkan, tarikh bagi lafaz cerai akan dijalankan pada minggu hadapan, 20 Ogos di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat jam 9:00 pagi.
Sebelum ini, Iqwan pernah meminta isterinya, Zehra, menarik balik dakwaan berkaitan nafkah dan keganasan rumah tangga dalam permohonan cerai yang difailkan pada 7 Mac lalu.
Mahkamah sebelum itu memutuskan supaya kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk melalui proses JKP. Namun, tiada persetujuan dicapai, menyebabkan kes perceraian itu tertangguh.
Pada Mac lalu, Zehra memfailkan permohonan cerai secara ‘fast track’ terhadap Iqwan selepas lebih tiga tahun berusaha mempertahankan rumah tangga mereka, tetapi gagal.
Zehra dan Iqwan berkahwin pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahiyah Iqleela, yang kini berusia dua tahun.
The post [VIDEO] Zehra Zambri Datang Bulan, Lafaz Cerai Ditangguhkan – ‘Harap Itu Adalah Tarikh Terakhir Saya Hadir Ke Mahkamah’ first appeared on OHBULAN!.





