Pelakon, Zeera Azizi mengakui dirinya kini sedang rapat dengan pempengaruh, Zhiddin Aziz dan dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
Artikel Berkaitan: Zeera Azizi & Zhiddin Aziz Bercinta?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aksi Tarian Bollywood Zhiddin Aziz Bikin Netizen Terhibur – ‘Amboi Sedaghe, Malu Tapi Mahu’
Sedang kenal hati budi
View this post on Instagram
Ketika ditemui , Zeera atau nama lengkapnya Nurazeera Azizi berkata, mereka mula berkenalan selepas mengikut satu-sama lain di media sosial selepas terlibat dalam satu acara.
Sebenarnya kami baru kenal tahun ini. Mula kenal selepas terbabit dalam satu acara.
Selepas itu, kami mula ‘follow’ satu sama lain di Instagram dan sekarang ini tengah dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
Meskipun berbeza usia, Zeera mengakui sikap matang yang ditunjukkan Zhiddin membuatkan dia berasa selesa berkawan dengan anak pengacara, Allahyarham Aziz Desa itu.
Dia lebih muda daripada saya, tapi dia matang. Saya selesa dengan cara dia, dan dia pun selesa dengan saya. Mungkin dari situ kami jadi rapat.
Zeera berkongsi perkara tersebut ketika ditemui sewaktu sesi sidang media drama Kerana Seorang Lelaki yang diadakan di GSC Mytown, Kuala Lumpur pada Rabu.
Doakan yang terbaik

Ketika ditanya mengenai perancangan berumah tangga, kakak kepada pelakon Neera Azizi ini memaklumkan dia ada berbincang dengan Zhiddin melalui perkara ini dan meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik.
Dia dah kenal keluarga saya dan saya pun pernah jumpa keluarga dia.
Kami pun pernah berbual mengenai masa depan. Takkanlah berkawan tanpa tujuan, kan?
Tapi nak kata merancang ke fasa seterusnya tu, Insya-Allah.
Doakan yang baik-baik saja.
Sebelum ini, Zeera menyorot perhatian ramai apabila memuat naik beberapa hantaran memaparkan dirinya yang begitu mesra bersama Zhiddin di media sosial.
The post [VIDEO] Zeera Azizi Sedang Kenal Hati Budi, Sudah Jumpa Keluarga Zhiddin Aziz first appeared on OHBULAN!.





