27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Video: Zarina Zainuddin Mengakui Perasaannya Terluka Apabila Azal Mengatakan Bahawa Dia Bodoh

    Shopee Sale



    zarina azal

    Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin sering berkongsi momen bersama anak-anaknya di media sosial dan selalu mendapat perhatian warganet.

    Perasaan seorang ibu

    zarina azal

    Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Zarina dilihat sedang merajuk dengan anak lelakinya, Azal kerana sudah terlanjur kata.

    Saya tak nak cakap dengan awak, awak kata ibu awak bodoh kan? Dah la tak nak kawan awak.

    Azal yang berada di samping ibunya cuba memujuk dan memohon maaf atas kesalahannya.

    Bagaimanapun, tidak lama selepas itu pelakon berusia 54 tahun tersebut kemudian memaafkan anak istimewanya.

    Kita anak beranak macam mana pun akan berbaik-baik semula.

    Kasih sayang ibu dan anak sukar untuk saya pisahkan. Jujur saya terasa bila Azal cakap saya ni bodoh. Tapi kita sebagai seorang ibu tak boleh la ambil hati sangat. Kena faham Azal tu macam mana. Mungkin Azal tiada niat pun nak marah saya tempoh hari.

    Untuk info, Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil) yang kini berusia 28 tahun.

    MENARIK:  Giliran Misha Omar Menghiasi Papan Iklan Times Square, New York

    Azil menghidap hyper autisme manakala Azal mempunyai mild autisme yang dikesan ketika umur mereka berusia tiga tahun.

    Video

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah