27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Giliran Misha Omar Menghiasi Papan Iklan Times Square, New York

    Shopee Sale

    Penyanyi, Misha Omar terus mencipta kejayaan sekali gus membanggakan negara apabila wajahnya menjadi selebriti seterusnya yang menghiasi papan iklan ikonik di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

    Artikel Berkaitan: Misha Omar Terpaksa Berdiri Di Konsert Ernie Zakri, Kesal Individu ‘Rembat’ Tempat Duduk – ‘Tanpa Rasa Berdosa, Minta Maaf Pun Tidak’

    Artikel Berkaitan: Nabila Razali Sempat Hadiri Showcase Misha Omar Beberapa Jam Sebelum Bersalin – ‘Subuh Esoknya Terus Check In Hospital’ 

    Momen bermakna dalam hidup

    View this post on Instagram

    A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Misha atau Samihah @ Aishah Omar, menyifatkan momen bersejarah itu sebagai pengalaman yang bermakna sepanjang 43 tahun menjalani kehidupan.

    Ujarnya lanjut, setiap wanita membawa suara dengan pelbagai kisah sekali gus menjadi sumber inspirasi kepada generasi seterusnya.

    Melihat wajah terpampang di billboard Times Square, New York adalah saat yang tidak mungkin dapat saya lupakan seumur hidup.

    Jauh di sudut hati, ini bukan hanya kejayaan saya tetapi kita bersama.

    Sebagai wanita, setiap suara kita membawa seribu kisah tentang kekuatan, kasih sayang dan kecekalan.

    Setiap kali kaki ini menginjak pentas, setiap bait lagu yang dinyanyikan, dan setiap halangan yang kita berjaya lalui, sebenarnya tanpa sedar, kita sedang membina jambatan untuk generasi wanita seterusnya bersinar dengan lebih terang.

    Berkarya dalam lagu

    Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu Bunga Bunga Cinta ini berkata, dia menggunakan platform muzik sebagai caranya untuk menyebarkan kekuatan.

    Selama 23 tahun ini, muzik adalah cara saya menyampaikan cinta dan kekuatan kepada kalian.

    Momen bersejarah seperti ini menguatkan lagi kepercayaan saya bahawa muzik bukan sekadar kerjaya, ia adalah legasi hati yang akan terus bersemi dan menyentuh jiwa seluruh pendengar.

    Pada akhir perkongsian, Misha mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat atas sokongan sejak awal dirinya menapak nama dalam industri seni.

    MENARIK:  Ketawa ‘Pecah Perut’ Dengan ‘Stand Up’ Komedi Mad Sabah Di Pulau Pinang 27 Julai Ini

    Sumber: Instagram @mishaomar

    The post Giliran Misha Omar Menghiasi Papan Iklan Times Square, New York first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah