Pelakon Zara Zya mendedahkan dirinya menerima mesej berunsur negatif ekoran keadaannya yang menghidap renal cell carcinoma (Karsinoma sel buah pinggang atau kanser sel buah pinggang).
Artikel Berkaitan: ‘Cepat Penat & Hidung Kerap Berdarah’ – Zara Zya Dedah Badan Beri Isyarat Sebelum Disahkan Kanser
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Layan Saiful, Dia Tidak Sihat’ – Zara Zya
Mesej negatif
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Zara atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin akui terasa hati dengan mesej yang diterimanya.
Tambah pelakon drama bersiri Sumpah Ibuku itu, dia mengambil inisiatif untuk segera menyekat mesej berunsur negatif demi kesejahteraan mentalnya.
Jangan pandang rendah pada orang seperti saya.
Ada saja yang mesej cakap ‘hai perempuan kanser, best ke ada kanser? lepas ini masuk hospital pula’.
Untuk mesej seperti itu, saya terus block.
Walaupun jauh di sudut hati, saya rasa kecil hati, tapi nak buat macam mana.
Saya kena lalui hidup ini dengan sebaik mungkin sebab saya seorang selebriti.
Ada yang mengidolakan saya. Jadi, saya kena tunjuk saya kuat.
Sibukkan diri untuk lupakan kesedihan

Dalam pada itu, Zara memaklumkan dirinya kini banyak terlibat dalam dunia perniagaan sekali gus menjadi sumber kekuatan untuk melupakan segala kesedihan yang menyelubunginya.
Fasa untuk saya bersedih, duduk dalam bilik, itu semua dah berlalu.
Ini adalah masa untuk saya bangkit dan macam-macam saya berniaga sekarang.
Sebenarnya itu juga kekuatan saya untuk melupakan apa yang buat saya sedih, rendah diri dan tak berguna.
Saya harap masih memberi inspirasi kepada ramai orang walaupun keadaan saya tidak lah sempurna seperti orang lain.
Terdahulu, Zara mengesahkan dirinya menghidap renal cell carcinoma atau kanser buah pinggang. Bagaimanapun memaklumkan kanser yang dihidapinya itu masih berada pada tahap satu.
Sumber: TikTok @zarazyahq
The post [VIDEO] Zara Zya Digelar ‘Wanita Kanser’, Dedah Terima Mesej Negatif – ‘Jangan Pandang Rendah Pada Orang Seperti Saya’ first appeared on OHBULAN!.





