Penganjur Havoc Food Festival menyatakan pihaknya menapis dan mengawal harga yang ditetapkan oleh setiap vendor yang menyewa tapak, bagi memastikan harga makanan dan minuman dijual tidak keterlaluan.
Artikel Berkaitan: Havoc Festival Dedah ‘Perangai’ Artis Veteran, Akui Serik Bekerjasama – ‘Tapak Niaga Dijual Kepada Orang Lain’
Artikel Berkaitan: Havoc Food Festival Cipta Sejarah, Raih Pengiktirafan Malaysia Book Of Records
Harga cekik darah

Ketika ditemui , Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Festival, Datuk Firdaus Nadxaman, menegaskan bahawa objektif utama penganjuran Havoc Food Festival adalah untuk membantu para usahawan menjana pendapatan.
Sehingga hari ini prinsip utama kami nak membantu usahawan menjana pendapatan. Bagaimanapun isu terbaharu yang berlaku hari ini apabila ada mendakwa festival makanan umpama ‘pasar malam T20’ kerana harganya yang mahal.
Kami sebagai penganjur tak mahu dedahkan kos yang mana netizen tak tahu dan boleh dikatakan setiap lima bulan kami selalu tour satu Malaysia dan kebanyakan kami ulang tempat yang sama.
Firdaus berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Havoc Raya Fest yang berlangsung di Setia Citu Convention Centre, Shah Alam baru-baru ini.
Dalam pada itu, Firdus turut menafikan dakwaan penganjur meletakkan harga tinggi pada sewa tapak ekoran keadaan harga makanan di Food Festival yang dianggap mahal.
Setiap kali kami jelajah harga tapak dan permit akan naik. Jadi kami faham situasi ini dan kenaikan ini pernah mencecah hampir 60 peratus untuk pihak kami bayar.
Untuk dapat kelulusan permit berniaga saja kami perlu bayar puluhan ribu.
Sebenarnya tiada istilah harga barangan naik sebab penganjur naikkan sewa tapak sedangkan sebab kami sendiri mengawal harga makanan kepada semua usahawan yang terlibat.
Ambil kesempatan

Berkongsi lebih lanjut, Firdaus mendedahkan ditipu beberapa kali oleh penganjur sekali gus menanggung kerugian dengan jumlah yang besar.
Ujarnya lagi, ramai vendor yang terpaksa berhutang jutaan ringgit namun penganjur Havoc Food Festival tetap memberi peluang berniaga.
Ramai juga penganjur acara yang ‘scam’ usahawan.
Hakikatnya banyak lagi kos yang perlu dikeluarkan apabila nak buat acara seperti ini.
Ramai saja vendor yang berhutang dengan kami dan angkanya mencecah jutaan ringgit, tapi kami tetap beri peluang untuk mereka berniaga.
Selain itu, Ketua Pegawai Operasi Havoc Festival, Faizul Mohd Yusof, berharap agar pihak berkuasa tempatan (PBT) mengawal lambakan festival makanan dan menapis syarikat pengurusan yang berkualiti untuk menjayakan acara sebegini.
Acara Havoc bakal bermula pada 12 hingga 16 Mac ini di Hall 1 dan 2, Setia City Convention Centre (SCCC) dengan bertemakan Havoc Raya di Kampung.
The post Penganjur Havoc Food Festival Cakna Isu Dilabel ‘Pasar Malam T20’ – ‘Kami Mengawal Harga Makanan Kepada Semua Usahawan ..’ first appeared on OHBULAN!.





