31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Wawa Zainal Sedih Tengok Hayla Menangis Sebab Kek Batik Dikritik 

    Shopee Sale

    Anak kepada pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal iaitu Hayla tidak dapat menahan rasa sebak apabila kek batik yang dijualnya mendapat kritikan daripada segelintir warganet.

    Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Dilema Hayla Sibuk Dengan Kek Batik

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Hadiahkan ‘Chiller’ Kepada Haura, Sokong Minat Anak Jadi ‘Baker’

    ‘Jangan menangis…’

    Menerusi muat naik di Instagram Wawa, pemilik nama Hayla Maghfiratul Adzkiyaa meluahkan rasa sedih dan bingung apabila terdapat pembeli yang memberi rating rendah untuk kek batiknya.

    Wawa yang melihat Hayla menangis mengakui perkara itu meruntun hatinya sebagai ibu kerana tidak kuat apabila anaknya dihencap warganet.

    Sabarlah jangan menangis sayang. Mama (Wawa) pun sebenarnya tahan air mata je. Biasa mama kuat tapi bab anak ni mama tewas.

    Mama dan ayah bangga dengan Hayla, ingat tu.

    Perkongsian video itu kemudiannya menjadi tular selepas mendapat perhatian warganet. Ramai yang mengambil peluang memberi kata-kata semangat buat Hayla.

    MENARIK:  Hafiz Suip Berdamai Selepas Tular Aksi Bergaduh Atas Jalan Raya – ‘Sebagai Orang Lebih Muda, Saya Minta Maaf’

    Sementara itu, menerusi perkongsian yang di Instagram Story (IGs) terkini, Wawa menyatakan Hayla sudah kembali senyum apabila membaca kata-kata sokongan daripada orang ramai.

    Sebelum ini, tular di TikTok seorang individu memuat naik satu video tanpa audio menunjukkan dia sedang menikmati kek batik Hayla.

    Dalam hantaran itu, sesetengah warganet menyatakan kek batik tersebut tidak memenuhi kriteria peminat kek selain meninggalkan komen jelik.

    Sumber: Instagram

    The post [VIDEO] Wawa Zainal Sedih Tengok Hayla Menangis Sebab Kek Batik Dikritik  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah