31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hafiz Suip Berdamai Selepas Tular Aksi Bergaduh Atas Jalan Raya – ‘Sebagai Orang Lebih Muda, Saya Minta Maaf’

    Shopee Sale



    Pada Jumaat, tular satu potongan video memaparkan penyanyi, Hafiz Suip yang sedang bergaduh dan bertumbuk bersama seorang individu di atas jalan raya.

    Rakan beri penjelasan

    Menerusi video yang tular itu, pelantun lagu ‘Awan Nano’ ini dilihat menghentak but hadapan kereta milik lelaki terbabit sebelum ditumbuk di bahagian muka.

    Jelas rakan Hafiz yang dikenali sebagai Uthman Daud, kejadian tersebut tercetus kerana berlakunya provokasi yang dilakukan oleh seorang individu ketika mereka dalam perjalanan ke rumah seorang peminat.

    Pertelingkahan kemudiannya berlaku selepas individu berkenaan menghalang dan memberhentikan kereta di atas jalan.

    Bukan itu sahaja, Uthman turut mendakwa dirinya dan Hafiz turut disembur dengan menggunakan ‘pepper spray’ di bahagian muka.

    Kemuncaknya adalah apabila pemandu tersebut mula menghalang dan berhentikan kereta kami. Tiba-tiba pemandu tersebut semburkan muka Hafiz dengan ‘pepper spray’.

    Saya cuba leraikan keadaan, tetapi pemandu tersebut masih meluru ke arah Hafiz, dalam keadaan saya cuba leraikan keadaan, muka saya juga disiku dan disembur dengan ‘pepper spray’ sehingga saya sesak nafas.

    Jadi saya sendiri pun melepaskan tumbukan selepas melihat dia terlalu agresif.

    Kita kasi tenang (beritahu) sebenarnya kita tiada apa pun (gaduh). Saya pun mengaku salah, saya pun marah dan ada buat sesuatu yang pak cik tidak suka, jadi saya minta maaf.

    Sebagai seorang yang lebih budak (muda) daripada pak cik saya minta maaf.

    Mereka berdua juga dilihat saling berpelukan sebagai tanda sudah berdamai dengan pergaduhan yang berlaku.

    Walau bagaimanapun, pada pengamatan Uthman dilihat sudah memadam hantaran tersebut selepas mendapat nasihat pihak berkuasa memandangkan kes tersebut masih lagi dalam siasatan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah