34.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Warga Emas Gigih Berniaga Walau Angin Kencang, Netizen Pakat Nak Bantu – ‘Barang Bertabur Pun Dia Tetap Senyum’

    Shopee Sale

    Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan ketabahan seorang warga emas yang gigih berniaga di tepi jalan biarpun cuaca tidak mengizinkan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Caprice Sewa Rumah Baru, Buka Akaun Bank Bantu Pasangan Warga Emas – ‘Lepas Ni Pak Cik Tak Perlu Naik Tangga Dah’

    MENARIK:  [VIDEO] Kongsi Momen Luang Masa Bersama Suami, Netizen Komen ‘Baby Bump’ Nabila Razali – ‘Tengok Perut Macam Baby Boy’

    Artikel Berkaitan: Video Pak Cik Albino Gigih Jual Barangan Kebersihan Runtun Hati Netizen – ‘Untuk Mereka Yang Selalu Merungut Hidup Susah, Lihatlah Ini’

    Berniaga cari rezeki untuk keluarga

    " data-video-id="7566891662455147796" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @lleeyanaa_

    Soya dy pon murah jaa hampa RM2ringgit,Taufufa dy pon RM2

    ♬ original sound – DNP – DNP

    Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan sebuah gerai kecil di kaki lima menjual makanan dan minuman, manakala keadaan sekeliling kelihatan basah akibat hujan lebat.

    Namun, yang lebih menyentuh hati ramai ialah apabila melihat warga emas itu tetap setia menjaga gerainya walaupun terpaksa berhadapan dengan kesejukan dan tiupan angin kencang.

    Hampa yang duduk dekat tu, mari la support pakcik ni. Hujan lebat, angin kuat, barang habis terabur pun dia masih tersenyum. 

    Demi sesuap rezeki untuk anak-anak di rumah. Tangan menggigil kesejukan, tapi hati dia tetap kuat  sebab dalam fikiran cuma satu, janji anak tak lapar hari ni.

    Video tersebut telah menyorot perhatian warganet yang sebak dan kagum dengan semangat serta pengorbanan pakcik tersebut dalam mencari rezeki halal buat keluarga.

    Kadang-kadang kita lupa, di sebalik senyuman orang tua macam ni, ada penat dan susah yang dia tak pernah tunjuk.

    Tidak sekadar meluahkan simpati, ada dalam kalangan warganet turut menyatakan hasrat untuk membantu warga emas itu.

    Warganet simpati

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Warga Emas Gigih Berniaga Walau Angin Kencang, Netizen Pakat Nak Bantu – ‘Barang Bertabur Pun Dia Tetap Senyum’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah