33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Wany Hasrita Sayu, Gembira Amira Othman Bakal Bernikah – ‘Masanya Sudah Tiba’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Wany Hasrita meluahkan rasa gembira apabila mendapat tahu rakan artis yang juga sahabat baiknya, Amira Othman bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wany Hasrita Kongsi Doa ‘Mustajab’, Dapat Tunai Haji & Naik Helikopter Ketika Hari Wukuf

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wany Hasrita Pujuk Hati Menahan Rindu, Hampir Empat Tahun PJJ Dengan Suami – ‘Setiap Kali Solat Saya Doa’

    Gembira

    Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Nurshazwany Hasrita, 32, itu berkata sebagai seorang sahabat baik sudah tentu dia gembira apabila mendapat tahu bahawa Amira bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

    Mestilah saya gembira, siapa yang tidak gembira tetapi lebih kepada sayu.

    Alhamdulilllah, masanya sudah tiba.

    Wani berkongsi perkara itu selepas seorang individu bertanya tentang perasaannya apabila menerima berita gembira tersebut.

    MENARIK:  [VIDEO] Puteri Rania, Jaden Jemput Orang Ramai ‘Hadir’ Majlis Kahwin Pada 1 & 3 Mei Ini

    Sementara itu, pelantun lagu Menahan Rindu itu berkata walaupun berasa teruja dan bahagia dengan berita itu namun dia juga berasa sebak.

    Malah, Wany berkata kemungkinan dia sukar untuk menyusun kata-kata apabila diminta mengulas atau memberi ucapan buat Amira pada hari bahagianya.

    Saya tidak dapat nak mengeluarkan kata-kata. Kalau orang suruh saya bagi sedikit ucapan saya hanya berharap yang baik-baik saja untuk dia.

    Sumber: Tiktok

    The post [VIDEO] Wany Hasrita Sayu, Gembira Amira Othman Bakal Bernikah – ‘Masanya Sudah Tiba’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah