Pelakon, Amir Ahnaf mendedahkan dia kini sudah bebas daripada gangguan saka yang didakwa pernah ‘mendiami’ badannya sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amir Ahnaf Dedah Jadi Pewaris Saka, Akui Sukar Untuk Didekati- ‘Orang Itu Akan Curang’
Dah buang saka

Amir atau nama penuhnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd. Khairudin, 26, berkata sebanyak 12 saka berjaya dikeluarkan daripada tubuhnya menerusi proses rawatan yang dilakukan tahun lalu.
Dah habis buang tahun lepas sebenarnya. Saya pergi Sabah dan buat rawatan pembersihan di Tawau.
Amir berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Tarung: Unforgiven yang berlangsung di ibu kota, pada Isnin.
Berkongsi lanjut, Amir mengakui gangguan tersebut sebelum ini memberi kesan terhadap emosi dan tingkah lakunya sehingga dia berubah menjadi seorang yang antisosial.
Saya jadi tak nak jumpa orang, lebih suka menyendiri dan mudah benci orang. Kalau orang buat jahat pada saya, saya akan balas lebih teruk.
Sekarang Alhamdulillah, keadaan saya sudah jauh lebih tenang berbanding sebelum ini.
Dalam masa sama, Amir menegaskan dia tidak memaksa mana-mana pihak untuk mempercayai kisah yang dikongsikan sebelum ini.
Saya bersyukur keadaan kesihatan saya semakin baik berbanding dua tahun lalu. Soal orang nak percaya atau tidak, itu bukan tanggungjawab saya.
Saya hanya berkongsi supaya orang lebih peka tentang perkara ini, itu sahaja niat saya.
Sebelum ini, Amir pernah berkongsi pengalaman berdepan gangguan saka menerusi sebuah podcast yang menurutnya turut memberi kesan terhadap ibadah serta hubungan peribadi.
Tidak selesa dengan situasi tersebut, Amir kemudian mendapatkan penjelasan daripada ibunya sebelum dimaklumkan bahawa keluarganya sememangnya mempunyai latar belakang berkaitan saka.
The post Amir Ahnaf Dah Buang 12 Ekor Saka Dalam Badan, Mudah Benci Orang Ketika ‘Ditumpang’ first appeared on OHBULAN!.





