Seorang wanita dilaporkan rebah sebelum disahkan meninggalkan dunia sewaktu menyertai latihan senamrobik di Surabaya, Indonesia pada petang Rabu.
Kematian wanita tersebut sempat dirakam oleh seorang individu sebelum ia menjadi tular di media sosial.
Rebah sebelum meninggal dunia
Menerusi video yang tular, wanita yang memakai kemeja berona putih dan bertudung biru itu dilihat bergerak mengikut rentak muzik dengan penuh semangat.
Tidak lama selepas itu, pergerakan wanita berkenaan sudah mula perlahan dan disangkakan hanya mahu berhenti rehat seketika.
Namun, dia dilihat perlahan-lahan terduduk sebelum dipercayai menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan rakan-rakan yang lain.
Walau bagaimanapun, sebarang kenyataan rasmi mengenai punca kematian mangsa masih belum dikeluarkan pihak penganjur mahupun ahli keluarga mangsa.
Sekadar info, wanita tersebut difahamkan maut ketika menyertai latihan senamrobik sempena kempen Pilihan Raya Presiden Indonesia bagi menyokong gandingan calon Presiden dan Naib Presiden, Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming.