Pelakon Isa Khan tampil menyelar tindakan segelintir netizen yang terlalu obses mencampuri urusan peribadi orang lain.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Terkira Dosa Yang Aku Dah Buat’ – Isa Khan Tekad Berubah, Mohon Doa Kekal Istiqamah
Artikel Berkaitan: Isa Khan Anggap Konten ‘Jamilah’ Mengarut & Memalukan Agama – ‘Bini Orang Menggatal, Komen Tak Senonoh’
Isa Khan nasihat netizen

Menerusi luahan tegas di Threads, Isa menitipkan pesanan agar orang ramai agar berhenti menjadi ‘hakim’ dalam hal berkaitan rumah tangga pasangan lain.
Tegasnya, setiap keputusan yang dibuat oleh seseorang adalah urusan peribadi mereka sendiri dan tiada kena mengena dengan kehidupan orang luar.
Boleh tak stop masuk campur hal peribadi orang lain? Dia nak kahwin ke, nak cerai ke, bagi nafkah ke, tak bagi nafkah ke, tak ada kena mengene dengan hidup kau.
Susulan daripada itu, Isa menitipkan pesanan supaya setiap individu lebih fokus untuk memperbaiki diri sendiri, terutamanya dalam soal ibadah.
Punyalalah penyibuk macam dah tak ada kerja dekat dunia ni. Baik kau pergi tengok balik solat kau dah cukup ke belum.
Hantaran tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Isa dan berharap orang ramai lebih menghormati privasi setiap individu.
Sumber: Threads Isa Khan
The post ‘Boleh Tak Berhenti Masuk Campur Hal Orang, Baik Kau Tengok Balik Solat Dah Cukup Ke Belum’ – Isa Khan first appeared on OHBULAN!.





