26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Video Viral: Aliff Aziz & Ruhainies Berlakon Seperti Biasa Sejam Sebelum Bella Astillah Mengajukan Permohonan Perceraian

    Shopee Sale



    Tular satu video memaparkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies sibuk menjalani penggambaran drama ‘Terjerat’ meskipun nama mereka kini menjadi topik hangat di media sosial.

    Ruhainies, Aliff tenang shooting

    Menerusi maklumat daripada video berkenaan, penggambaran tersebut dipercayai berlangsung di Shah Alam, Selangor. Difahamkan, video di sebalik tabir berkenaan dirakam satu jam sebelum Bella hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi memfailkan perceraian, pada Rabu.

    Dalam video pendek yang dikongsikan, penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies dilihat bersikap profesional menjalani tugas masing-masing meskipun kontroversi yang membabitkan mereka berdua masih panas dan belum menemui titik noktah.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa geram dan tidak puas hati melihat kedua-dua pelakon itu yang menjalani kehidupan ‘normal’ seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

    Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar segala urusan mereka termasuk Bella Astillah dan anak-anak dipermudahkan.

    MENARIK:  Zahiril Adzim Menyukai Mendengar Gamelan dan Minat Terhadap Muzik Tradisional yang Kuat – 'Sensation Dia Menyentuh Hati Kita'

    Terdahulu, industri hiburan tanah air kecoh dengan kisah pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

    Semalam, Bella hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pertama sebutan kes perceraian yang difailkan terhadap Aliff. Namun aktor itu tidak menghadirkan diri dengan alasan terlibat penggambaran.

    Mahkamah kemudian menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kedua kes perceraian pasangan itu.

    Video


    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah