Pelakon Datin Intan Najuwa, menjelaskan bahawa dia masih belum menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang seperti mana yang disangka oleh segelintir pihak.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Kembali Berlakon Selepas Tiga Tahun Berehat – ‘Rasa Agak Gementar Tetapi Sangat Teruja’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Terima Ugutan Bunuh, Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang – ‘Saya Dah Cukup Bersabar’
Belum tamat pengajian

Menerusi perkongsian di Threads, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkata, dia sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB), namun terpaksa menangguhkan pengajian selepas hamil anak pertamanya, Lunara.
Menurut Intan, pada awalnya dia hanya bercadang untuk berehat seketika sebelum menyambung semula pengajian.
Bagaimanapun, perancangan tersebut berubah apabila dia dikurniakan cahaya mata kedua.
Ada orang tanya dah habis belajar ke? Tak habis lagi.
Bukan senang. Saya tengah buat LLB (Bachelor of Laws), tapi separuh jalan lepastu saya mengandungkan Lunara. Kemudian ingat nak rehat sekejap je, tiba-tiba keluar Laudya.
Walau bagaimanapun, Intan berhasrat akan dapat kembali menyambung pengajian apabila tiba masa yang sesuai.
Nantilah mommy sambung balik. Tunggu sel-sel otak berhubung kembali.
Sekadar info, Intan Najuwa mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Sumber: Threads
The post Intan Najuwa Akui Belum Tamat Pengajian Undang-Undang – ‘Nantilah Sambung Balik’ first appeared on OHBULAN!.





