Usahawan, Haliza Maysuri berkongsi pengalaman pelik apabila mendakwa sering diganggu kehadiran seekor lalat atau belalang hijau.
Artikel Berkaitan: ‘Rumah Tangga Orang Bukan Bahan Hiburan Kita, Jangan Tertawakan Ujian Mereka’ – Haliza Maysuri
Artikel Berkaitan: Haliza Maysuri Kongsi Suami Hadiahkan Jambangan Bunga Swarovski Untuk Anak – ‘Tidak Layu Dimamah Waktu, Seperti Kasih Sayang Papa’
Haliza Maysuri ‘diganggu’ serangga?
View on Threads
Menerusi video yang dikongsikan di Threads, Haliza meluahkan rasa hairan apabila serangga berkenaan seolah-olah muncul dimana-mana tanpa mengira tempat dan waktu
Apa yang membuatkan kurang senang apabila serangga berkenaan didakwa hanya berdiam diri seolah-olah sedang memerhatikannya.
Saya pun tak tahulah kenapa. Ke mana saja saya pergi, mesti ada seekor lalat atau belalang hijau. Duduk hotel tingkat paling atas pun ada.
Yang buat saya rasa seram, dia tak buat apa-apa pun. Duduk diam je, macam tengah tenung saya.
Setiap kali nampak, automatik badan saya meremang, hati rasa tak sedap.
Lebih membimbangkan, situasi itu semakin menimbulkan tanda tanya apabila serangga berkenaan dikatakan muncul seekor demi seekor dan bukannya dalam jumlah yang banyak.
Kadang-kadang lalat tu dah saya bunuh, tak lama lepas tu muncul pula seekor lagi. Pergi butik ada, balik rumah ada, masuk dapur pun ada.
Tak kira siang atau tengah malam. Peliknya, mesti seekor je.
Kejadian perkara itu semakin menimbulkan tanda tanya apabila serangga berkenaan dikatakan muncul seekor demi seekor dan bukannya dalam jumlah yang banyak.
Susulan daripada itu, dia bertanya kepada orang ramai yang mungkin pernah berdepan pengalaman sama selain meminta mengenai pendapat mereka cara untuk menghalau.
Sumber: Threads
The post Haliza Maysuri Dakwa Sering Diganggu Lalat & Belalang Hijau – ‘Duduk Diam Tapi Macam Tengah Tenung Saya’ first appeared on OHBULAN!.





