30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tiada Masalah Dengan Estranged, Sebenarnya Saya Mahu Mula Projek Solo Sejak Dulu’ – Rich Gimbang

    Shopee Sale

    Penyanyi Rich Gimbang, mendedahkan hasrat untuk membina kerjaya solo sudah lama tersimpan iaitu sejak meninggalkan program Akademi Fantasia musim keempat (AF4).

    Artikel Berkaitan: Rich Gimbang Ambil Keputusan Tidak Lagi Sertai Program Realiti Nyanyian, Yakin Dengan Platform Sendiri

    Masih bersama kumpulan

    Ketika ditemui , Rich atau nama lengkapnya Richael Lawrence Gimbang, 44, berkata, selepas tamat AF dia menyertai kumpulan Estranged dan menghasilkan beberapa lagu bersama menyebabkan perancangan untuk menghasilkan karya solo tidak diteruskan.

    Sebaik habis AF, saya menyertai Estranged dan melancarkan lagu-lagu bersama kumpulan tersebut. Memang sebelum itu saya ada merancang untuk menghasilkan karya bagi kerjaya solo.

    Namun impian itu tidak diteruskan. Enam tahun lalu saya ada maklumkan di media sosial tentang projek solo tetapi tidak menjadi juga.

    Bagaimanapun, Rich akui pemergian abang dan sahabatnya, mendiang Lotter menjadi antara pencetus untuk dia kembali merealisasikan impian tersebut.

    Mungkin tahun lalu selepas pemergian abang dan sahabat AF, Lotter memberi satu motivasi untuk saya memulakan projek solo ini. Syukur dapat juga saya realisasikan projek ini.

    Rich berkata demikian ketika ditemui pada siding media pelancaran single solonya berjudul Mean To Me yang diadakan di Drum Asia Live Hartamas, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada Selasa.

    MENARIK:  Lelaki ‘You’re Just Not In His List’ Minta Maaf Kepada Nadia Brian

    Tambah pelantun lagu Itu Kamu ini, keputusan untuk bergerak solo bukan disebabkan sebarang masalah dengan kumpulan Estranged.

    Tiada masalah langsung dengan Estranged, sebenarnya saya mahu mulakan kerjaya solo sejak dulu. Cumanya saya saja yang tidak berani mulakan langkah kerana berdepan pelbagai dilema dalam diri sendiri.

    Antara dilema itu termasuklah apabila lama sangat berehat menyebabkan banyak persoalan timbul. Adakah saya masih relevan? Bagaimana saya mahu bersaing terutamanya dengan artis baharu?

    Dalam pada itu, Rich berharap kemunculan semula menerusi projek solo dapat mengembalikan memori pendengar terhadap identitinya sebelum ini yang cukup sinonim dengan lagu rock berbahasa Inggeris.

    Hakikatnya, saya rasa ia satu percaturan yang agak baik. Saya mahu pendengar ingat kembali Rich yang mereka kenal dulu dengan lagu rock inggeris kerana memang karya begitu menjadi kekuatan saya.

    Akan tetapi, semestinya lagu menyusul nanti pula semuanya dalam bahasa melayu. Mungkin juga saya akan terus keluarkan album solo, siapa tahu? Apapun, saya fokus lagu debut saya ini dulu.

    The post ‘Tiada Masalah Dengan Estranged, Sebenarnya Saya Mahu Mula Projek Solo Sejak Dulu’ – Rich Gimbang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah