Pelakon, Shiqin Kamal mencuri perhatian apabila memilih set peralatan memanah sebagai hantaran pernikahannya.
Artikel Berkaitan: Beza Usia 7 Tahun, Shiqin Kamal Sah Bergelar Isteri Mika Irfan Nojey
Artikel Berkaitan: Shiqin Kamal Masih Solo, Idam Pasangan Kongsi Minat Berkuda
Hantaran set memanah simbolik cinta

Ketika ditemui , Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd. Kamal, 35, berkata pemilihan hantaran itu tercetus kerana dia dan suami, Mika Irfan Nojey berkongsi minat yang sama dalam sukan memanah dan berkuda.
Jelasnya lagi, suaminya juga merupakan jurulatih memanah dan berkuda selain atlet kebangsaan dalam sukan tersebut.
Suami saya jurulatih memanah dan berkuda, dia juga atlet kebangsaan dalam sukan memanah berkuda.
Saya pun memang minat sukan itu dan pernah mengikuti kelas memanah serta menunggang kuda sebelum ini.
Bila dah ada rancangan untuk berkahwin, kami tak nak hantaran yang biasa seperti beg tangan, baju, kasut dan sebagainya. Tetapi tapi pilih set memanah sendiri.
Mengulas lanjut, pelakon filem Lagenda Budak Setan itu berkata set memanah berkenaan bukan sekadar hantaran pernikahan, malah akan digunakan setiap kali mereka menyertai pertandingan pada masa akan datang.
Jadi bila ada apa-apa pertandingan, kami boleh gunakan set memanah sendiri. Ianya seperti simbolik cinta kami dan ke mana pun pergi, kami akan bawa ‘cinta’ bersama.
Sementara itu, Shiqin berkata bahawa dia kini perlu lebih aktif dalam sukan memanah kerana suaminya sudah mula merancang jadual latihan buat mereka.
Saya kena aktiflah sebab Irfan adalah seorang jurulatih.
Macam dulu, jarak rumah saya dengan tempat latihan lebih kurang 50 minit, jadi boleh lah beri alasan penat memandu.
Tapi sekarang tak ada alasan dah sebab dah tinggal berdekatan dengan tempat memanah. Irfan pun dah buat jadual lahitan untuk saya.
Untuk info, Shiqin dan Irfan sah bergelar suami isteri selepas akad nikah disempurnakan dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat mereka, pada Rabu.
The post [VIDEO] Shiqin Kamal & Suami Pilih Set Memanah Sebagai Hantaran, Simbolik Cinta – ‘We Carry Our Love Everywhere’ first appeared on OHBULAN!.





