Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan mengenai segelintir golongan yang membuat konten paranormal.
Artikel Berkaitan: ‘Buka Hijab Jadi Lebih Dekat Dengan Allah? Itu Jahil’ – Ustaz Azhar Idrus
Artikel Berkaitan: ‘Bariatrik Halal Dilakukan Kerana Penyakit, Haram Jika Untuk Cantik’ – Ustaz Azhar Idrus
Konten paranormal
Menerusi perkongsian di Youtube, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan perkara yang tidak mendatangkan faedah hukumnya adalah makruh.
Tegasnya, jika perbuatan itu dapat menjejaskan akidah umat Islam maka hukumnya haram.
Ada faedah tak? Kalau tiada, hukumnya makruh.
Tak perlu kita buat.
Lebih baik seseorang itu adalah dengan tidak melakukan perkara yang mengarut.
Kalau kita buat sehingga tercetus kesongsangan kepercayaan orang Islam, hukumnya haram.
Dalam pada itu, Ustaz Azhar Idrus menitipkan pesanan agar menggunakan waktu sehabis baik dengan mengkaji kejadian Allah.
Carilah apa yang Nabi sebut. Kejadian yang Allah buat, itu sepatutnya yang kita kaji untuk dapat kelebihan.
Adakah Jin itu wujud? Wajib kita percaya. Adakah kita disuruh mencari Jin? Tidak.
Jangan lah buat cerita hantu kerana itu mengarut saja.
Sumber: Youtube @UstazAzharIdrusOfficial
The post [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Jawab Hukum Buat Konten Paranormal – ‘Ada Faedah Tak?’ first appeared on OHBULAN!.





