33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Usahawan Mohon Maaf, Tak Ada Niat Nak ‘Terjah’ Khairul Aming Di Rembayung – ‘Silap Kak Nab Terlalu Excited’

    Shopee Sale

    Usahawan yang dikenali sebagai Kak Nab baru-baru ini menjadi bualan hangat di media sosial selepas ditegur netizen susulan tindakannya yang dianggap kurang sopan ketika cuba bertemu dengan pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming.

    MENARIK:  Hariz Hamdan Mengaku Fobia Darah Selepas Pernah Kemalangan Ketika Usia Empat Tahun

    Kak Nab teruja nak jumpa KA

    " data-video-id="7585173604875128072" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @nabilahbahrin._

    Kaknab jumpa KA walaupon tengok dari dalam 😆

    ♬ original sound – KAKNAB – KAKNAB

    Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Kak Nab dilihat berada di hadapan restoran Rembayung milik Khairul Aming. 

    Dia kemudian menyatakan hasrat untuk bertemu dengan usahawan itu yang kebetulan sedang berada di dalam premis berkenaan.

    Walau bagaimanapun, seorang wakil Khairul Aming memaklumkan bahawa usahawan tersebut sedang sibuk melakukan rakaman ulasan dan tidak dapat diganggu. 

    Meskipun sudah diberi penjelasan, Kak Nab dilihat tetap menunggu di luar premis dengan harapan dapat bertemu secara bersemuka dengan Kharul Aming.

    Netizen nasihat

    Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya menasihati Kak Nab agar lebih peka dalam menjaga batas privasi orang lain. 

    Netizen berpendapat bahawa walaupun seseorang itu merupakan figura awam, ruang peribadi dan waktu kerja mereka haruslah dihormati tanpa sebarang gangguan yang tidak dirancang.

    Sedar akan kesilapannya yang mengundang rasa kurang senang ramai pihak, Kak Nab tampil memberikan penjelasan serta memohon maaf secara terbuka. 

    Sumber: TikTok Kak Nab

    The post [VIDEO] Usahawan Mohon Maaf, Tak Ada Niat Nak ‘Terjah’ Khairul Aming Di Rembayung – ‘Silap Kak Nab Terlalu Excited’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah